- Saya ditanya oleh rakan , kenapa selalu sangat menerima jemputan berceramah di MRSM dan kenapa pula sekarang ini menulis blog... untuk siapa?
- Jawapannya, sekadar berkongsi cerita dengan anak anak generasi muda penyambung perjuangan ke arah kecemerlangan..
- 40 years from now, it won't matter how much you had in the bank, what kind of car you drove or house you lived in - but the world might be a better place because you helped a young person..
Saturday, December 13, 2008
GENERASI MUDA
EMPAT FASA PERANAN
- Dalam tempoh 20 tahun di alam pekerjaan, saya bekerja 10 tahun sebagai Pengurus Profesional dalam syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dan 10 tahun lagi sebagai usahawan. Acap kali saya ditanya dan seringkali juga bertanya kepada diri sendiri, apakah perbezaan antara keduanya?
- Donald Trump mengatakan hanya 1-2 peratus dari komuniti yang bercita cita untuk menjadi usahawan boleh berjaya dalam ertikata sebagai usahawan yang sebenarnya. Usahawan adalah seumpama 'ulat yang keluar dari kepompong dan berubah rupa bentuk serta menukar watak menjadi rama rama yang mampu terbang'.
- Sekiranya seorang pakar fizik mengkaji cara rama rama terbang berdasarkan rukun aerodinamik, pasti rama rama tidak akan boleh terbang. Tetapi rama rama tidak pernah tahu pun tentang rukun aerodinamik itu, kerana rama rama sekadar mahu terbang.. dan ia pun sentiasa boleh terbang.
- Begitu lah juga seorang usahawan. Kalau bersandarkan kepakaran penganalisaan pengurus profesional pasti seorang usahawan itu tidak akan boleh 'melangkah' pun. Pasti sahaja 'Lack of experienced management' antara risk factors yang boleh membantutkan usaha seorang usahawan yang mahu memulakan perniagaan.
- Seseorang yang mahu berjaya dan kaya mesti bermula sebagai 'DREAMER'. Mengimpikan kejayaan yang lebih gemilang pada masa depan. Howard Scultz telah berusaha gigih menemui 242 orang dan 217 orang telah mengatakan 'tidak' tatkala dalam proses untuk mengumpulkan modal sebanyak $ 1.25 juta bagi memulakan II Giornale.
- Berbekalkan II Giornale inilah Howard Schultz kemudiannya mengambil alih Starbuck dan seterusnya membawa Starbuck menjadi syarikat terkemuka di persada antarabangsa. Hari ini Starbuck berada di 44 buah negara, dengan 60,000 rangkaian 'kedai kopi'......
- Mat Jenin kekal menjadi angan angan kerana wataknya dimatikan di penghujung cerita. Mat Jenin mati pada tahap sebagai seorang dreamer. Sepatutnya Mat Jenin boleh di 'reinvent' 3 kali lagi, setiap kali dengan pecutan pantas ke depan.
- Selepas bermula sebagai dreamer, seseorang perlu bangun berdiri dan berlari pantas top speed, sesekali meniti pelangi tetapi lebih banyak mengharung ombak badai dan tsunami bagi mendapatkan awang batil pemegang khazanah di hujung dunia...di sini lah dunia sebagai usahawan bermula, di mana semua keputusan di tentukan oleh kepintaran dan ketekalan semangat diri.
- Andy Groove, CEO Intel menyebut semua ini sebagai 'Inflection points'. Setiap keputusan yang dibuat akan menentukan bagaimana hasil bakal dituai nanti. Dalam membangunkan sebuah syarikat perniagaan lebih banyak simpang dan liku, jalan mati yang seakan tiada laluan ke depan.
- Selepas beberapa ketika tatkala kejayaan mula nyata di depan mata, revenue mula meningkat dan cashflow sudah bertambah baik, seseorang usahawan yang mahu terus mengembangkan perniagaannya perlu 'hire people smarter and more qualified' dari diri mereka sendiri. Kebijaksanaan untuk bertindak sebagai seorang pengurus profesional amat diperlukan.
- Keputusan untuk membenarkan orang lain membuat keputusan adalah detik sukar bagi seseorang yang berjiwa usahawan. Tekanan betapa lambatnya keputusan dibuat, mesyuarat yang berterusan, kebimbangan dan ketidakpastianakan menyelubungi diri usahawan . Begitu pun kalau kita telah ada asas kukuh dalam diri, segala ketakutan inilah yang sebenarnya akan melonjakkan diri dan perniagaan kita ke tahap berikutnya.
- Sekiranya kita seorang yang kreatif, berjiwa peneroka dan pembina, membenarkan anak muda dengan kelulusan MBA berterusan memperkenalkan segala macam perancangan strategik, sistem pengurusan dan birokrat adalah sesuatu yang amat memeningkan. Ia adalah antithesis kepada semangat penerokaan awal sebagai seorang usahawan.
- Semua ini mesti dan perlu dibuat. Apatah lagi sekiranya syarikat kita dalam proses penyenaraian di Bursa. Proses yang betul, koordinasi perancangan yang tepat adalah amat membantu meneruskan kejayaan sesebuah syarikat. Tanpa semua ini sebuah syarikat akan tumbang.
- Akhir sekali, bila syarikat sudah mencapai tahap matang maka sampai lah masanya Dreamer - Usahawan - Pengurus Profesional - akan mencapai tahap sebagai Pemimpin Korporat (corporate leader )
- Justeru itu kenapa pelik bila Datuk Nazir Razak [ CIMB ] di bayar rm 9.35 juta untuk tahun 2007. Tan Sri Razali Ismail [ Puncak Niaga] dibayar rm 5.2 juta setahun. Mereka berdua bermula sebagai dreamer, berkerja keras membangunkan syarikat, mempunyai kepakaran sebagai pengurus profesinal yang amat di kagumi dan sekarang ini di nobatkan sebagai pemimpin korporat utama dalam negara.
- Ironi sekali kehidupan ini, seperti kata Howard Schultz, walaupun seseorang itu telah remade dirinya sebagai pengurus profesional dan pemimpin korporat, jauh di sudut hatinya dalam getar semangat sanubarinya dia tetap kekal sebagai ' a dreamer and an entrepreneur ' .....
- TOM PETERS dalam bukunya the pursuit of WOW yang saya beli di kinokuniya 5 tahun lepas menulis " the difference between great and average or lousy in any job is, mostly, having the imigination and zeal to re -create yourself daily ''..
- Sekian..
SUCCESS
Successful people keep moving. They make mistake, but they don't quit...[kata kata motivasi diambil di MRSM kuala krai]..in the last analysis, MANAGEMENT IS PRACTICE. Its essence is NOT KNOWING BUT DOING. Its test is NOT LOGIC BUT RESULTS. Its only authority is PERFORMANCE....
FOKUS
Bila kita sedang asyik memburu gajah, apa perlunya fokus kita terusik dengan arnab yang berlari... Jangan sesekali berhenti berjalan setiap kali mendengar anjing menyalak..he he you're never done untill you're done....
OUT OF THE BOX
Non traditional results are more likely to arise from someone who can think out of the box. You are not likely to find such a person by looking inside the box....
Subscribe to:
Posts (Atom)

