Wednesday, January 28, 2009

GREAT 8 START UP ESSENTIALS

Memulakan perniagaan memang sukar. Saya berhenti kerja untuk berniaga. "kehilangan" pekerjaan adalah sesuatu yang menakutkan. Memulakan perniagaan adalah risiko. Begitupun sehingga sekarang saya merasakan ianya adalah satu permulaan semula yang hebat. Melihat dalam minda "start date", pada hari saya menjadi self employed, mengingatkan saya lapan perkara berikut.
  1. AN IDEA : Ianya mesti ditulis. Ditulis berulang kali sehingga ianya menjadi dokumen peribadi.
  2. A BUSINESS PLAN : Saya melihat mentor saya menulis semua Business Plan beliau. Maka saya pun menulis Business Plan dan ternyata ianya mampu menjelaskan wawasan dan rancangan tentang idea perniagaan, secara tak langsung menjelaskan tentang siapa kita.
  3. BOOKKEEPING AND ACCOUNTING BASICS : Asas matematik mudah tentang finances of our business mesti difahami. Sekurang kurangnya kita tahu tentang P&L, cashflow, breakeven dsbnya.
  4. ME, MYSELF AND I : Itulah permulaan perniagaan. Seorang dan seorang. Selepas itu barulah saya mengambil kakitangan yang ' highly motivated people who enjoy the dynamics of working for small start up business and who can perform their jobs well '
  5. TIME MANAGEMENT : Ada ribuan buku tentang aspek ini. Tapi bagi saya 'easier-said-than-done tips' Pertama, saya ada plannning and operations log. Kedua, 'a routine of keeping my to dos in check'. Hati hati, alangkah cepatnya masa berjalan.
  6. LEGAL MATTERS : Kita seboleh mungkin mesti well versed dengan undang undang dan peraturan menguruskan perniagaan kecil. Semasa dalam dunia korporat ada pelbagai jabatan yang membantu dan menguruskan semuanya ini. Sekarang semuanya perlu buat sendiri.
  7. CLIENT AND CUSTOMERS : Ini yang penting. Sebuah syarikat tanpa klien dan pelanggan tidak ada nilainya. Pertarungan dalam padang terbuka bagi mendapatkan klien, pelanggan dan projek adalah pengalaman yang amat memeritkan dan membebankan tetapi amat bernilai dan berharga kemudiannya.
  8. SUPPORT SYSTEM : Inilah teras kepada kejayaan. Keluarga ,rakan rakan dan saudara mara amat membantu membarakan semula semangat yang kadang kadang hampir terpadam di saat sukar. Seringkali pada ketika ini, rakan rakan dan saudara mara "jauh" dari pandangan. Hilang entah ke mana. Mereka akan datang semula kepada kita selepas kejayaan mula kelihatan.

Tuesday, January 27, 2009

WISDOM

Wisdom is knowing what to do next; virtue is doing it.

Monday, January 26, 2009

18 PERKARA PENGURUSAN PERNIAGAAN KECIL DAN SEDERHANA

Saya berpengalaman selama 4 tahun dalam pengurusan politik, 10 tahun dalam pengurusan korporat dan 6 tahun dalam pengurusan perniagaan kecil dan sederhana. Saya mengelak untuk komen dalam blog ini penyakit 'poket kembong dan otak kosong' yang sedang melanda pengurusan politik parti pemerintah sekarang ini, saya juga tak fikir mereka yang berpengalaman dalam dunia korporat mampu menguruskan dengan baik perniagaan kecil dan sederhana. Mereka yang duduk di kerusi empok dunia korporat memang punyai otak pintar, tetapi tak ramai dari mereka ada sense of urgency. Mereka tidak akan mampu GENCHI GENBUTSU. Berikut adalah 18 perkara perlu di beri perhatian bersandarkan pengalaman peribadi susah sukar 6 tahun dalam pengurusan syarikat yang bermula dari sebuah dengan modal berbayar sekadar rm2 kepada 8 buah syarikat kumpulan dengan modal berbayar melebihi rm 15 juta.

  1. Beri fokus kepada pemasaran dan jualan. Pengarah Urusan mesti memperuntukkan 60 % dari masa bekerja untuk keluar mencari pelanggan atau mendapatkan projek baru.
  2. Urus perniagaan sedia ada. Tatang sepenuh jiwa dan raga.
  3. Kembang dan majukan perniagaan sedia ada.
  4. Dapatkan perniagaan baru.
  5. Perhati dengan teliti dan ambil perhatian khusus tentang penentuan harga, tuntutan (billing) dan kutipan (collections).
  6. Pastikan syarikat sentiasa ada lebihan tunai (cash).
  7. Cuba sedaya upaya bayar gaji kakitangan (payroll) tepat pada masa.
  8. Sentiasa bergantung harap kepada kakitangan cemerlang.
  9. Dengar dengan teliti pandangan setiap orang.
  10. Latih..latih..latih kakitangan.
  11. Pastikan syarikat mempunyai produk/khidmat berkualiti, sebagaimana yang didefinasikan oleh pelanggan.
  12. Berusaha supaya produk/khidmat syarikat dikenali kerana perbezaan mutu, kualiti dan keunggulan yang berbeza dengan pesaing.
  13. Buat rancangan tahunan dan rancangan 5 tahun.
  14. Delegasikan tugasan sehingga setiap orang dalam syarikat berdaya saing untuk menyempurnakan tugasan yang di amanahkan.
  15. Layan sebaik mungkin (coddle) pembekal.
  16. Bina hubungan jangka panjang dengan bank.
  17. Kaji dengan teliti setiap perbelanjaan yang melepasi angka seribu ringgit.
  18. Sempurnakan semua urusan pentadbiran perlu yang kalau tidak dibuat sekarang akan menjadi masalah pada masa depan.

18 PERKARA PENGURUSAN KESIHATAN DIRI

Saya mengaku sejak akhir ini saya memberi tumpuan dalam menjaga kesihatan diri. Saya sentiasa membasuh tangan dengan sabun agar tiada patogen, sebelum makan, sebaik keluar dari tandas, termasuk menjaga mobile phone agar tidak kotor dan di jangkiti patogen. Berikut adalah 18 perkara amalan harian yang cuba saya praktikkan.
  1. Bangun sebelum matahari terbit, sebelum udara tercemar. Cuba seboleh mungkin solat subuh di masjid.
  2. Lakukan Power Breathing Exercise sekurang2nya 3 kali sehari.
  3. Mulakan sarapan pagi dengan oat. Makan sarapan pagi pada jam 7.30 pagi sebanyak mungkin.. 600 kalori. Jangan lupa madu dan telor separuh masak (putih sahaja).
  4. Makan secara sederhana dan tepat pada waktunya 6 kali sehari. 7.30 pagi, 10.00 pagi, 1.00 tengahari, 4.00 petang, 6.00 petang dan 8.30 malam. Jangan tangguhkan masa makan berjadual kerana kalau 2 jam saja terlewat dari jadual asal ia akan menyebabkan badan kita memasuki 'starvation mode'. Masa terbaik untuk makan malam adalah antara jam 5-7 malam, kerana waktu ini badan akan absorbs nutrients around 20% efficiently.
  5. Sentiasa amalkan 'Hara Hachi Bu'- makan hanya 80 % dari yang sepatutnya dan berhenti sebelum kenyang.
  6. Makan buah sekurang2nya 3 biji sehari. Buah terbaik bagi saya adalah Pomegranate (buah delima), Persimum (Pisang Kaki), Kiwi dan Guava atau Epal Hijau.
  7. Makan sayuran terutama sayuran kekacang (beans). Beans adalah magical food. Ianya dapat mengurangkan sistolic blood pressure dan lebih menarik, mereka yang makan sayuran kekacang akan 23% lebih kurang tendensi untuk mempunyai perut buncit. Ukurlilit pinggang mesti rationya separuh dari ketinggian, dengan ketinggian 5' 8'' saya mesti mempunyai ukurlilit pinggang tidak melebihi 34". Sekarang ukurlilit pinggang saya adalah 32". Satu pencapaian bagi orang tua..
  8. Minum air, minum air, minum air....Pastikan tidak kurang dari 2 liter sehari. Lebih banyak lebih elok. Saya minum 4 liter air sehari.
  9. Minum teh cina gred A.. Green tea atau oolong tea sekurang2nya 5 cawan sehari. Amalkan tiada gula dalam minuman. Gula boleh didapati dalam masakan dan buahan. Ingat diabetes adalah ibu kepada segala penyakit.
  10. Pastikan makan makanan berkualiti yang kaya protein. ( 1 g protein untuk 1 Ib berat badan). Saya makan 150 g protein sehari. Protein boleh didapati dalam telor, ayam, ikan (saya makan 120 g whey protein setiap hari), juga dalam kacang (1 aun badam mengandungi 6 g protein).
  11. Makan satu aun badam (almond)- lebih kurang 23 biji setiap hari atau 2 hidangan pistachio atau cashewnut. Ia membantu merendahkan LDL (bad) cholestrol sehingga 12 %.
  12. Mulakan exercise pertama sesudah suboh. Seawal pagi berlari atas treadmill untuk 30 min (atau latihan lain).. sebelum sarapan pagi. Ianya membantu menghilangkan lemak dan menurunkan fat mass. Purata fat mass lelaki 40an di Malaysia adalah melebihi 30 % dan saya bertekad mahu mempunyai 13 % fat mass.
  13. Rancang jadual latihan workout 9 minggu ke depan. (in advance). Strength by the numbers. Seeloknya 3 kali seminggu (Isnin- rabu- Jumaat ). Mereka yang exercise 30 min ,3 kali seminggu berterusan selam 6 minggu akan dapat meningkatkan energy level sebanyak 32 %. Seseorang akan mula ketagihan untuk exercise selepas 2 tahun berterusan melakukannya.
  14. Berjalan 10,000 langkah sehari (lebih kurang 5 km sehari). atau naik tangga bangunan 10 tingkat .. dengan menjadikan ini amalan kita akan mampu berjogging 72 km seminggu. Wow... kalau tak dapat pun tak apa, buat sekadar termampu.
  15. Makanan terakhir adalah 90 min sebelum tidur. Seeloknya 2 biji telor separuh masak ( putih sahaja) + sekeping wholemeal roti bakar + 500 ml skimmed milk.. makanan terakhir saya adalah jam 8.30 malam..
  16. Sesekali pun jangan merokok, elakkan diary products, elakkan daging merah... dan hidup ceria (tiada stress). Sentiasa bersyukur dengan nikmat kehidupan.
  17. Tidur dalam keadaan separa lapar. Ia akan menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmat hidup. Maafkan semua orang sebelum tidur.
  18. Tidur secukupnya dalam keadaan 'deep regrenative stages of sleep'- saya akan tidur 7 jam malam (11.00 malam- 6.00 pagi).. dicampur dengan satu jam nap sleep (2.00- 3.00 petang ).. menjadikan masa tidur 8 jam sehari.

Sunday, January 25, 2009

8 LANGKAH PROSES PERUBAHAN BERKESAN

  1. SET THE STAGE : Mula mula wujudkan 'sense of urgency'. Bantu setiap orang memahami keperluan untuk berubah demi sesuatu yang lebih baik dan segera bertindak.
  2. Bentuk segera satu pasukan kerja yang akan memacu perubahan itu. Pasukan mesti membabitkan mereka yang ada kemahiran kepemimpinan, sedia untuk bertindak, terbukti kredibilitinya, kebolehupayaan untuk berkomunikasi, ada kuasa pembuat keputusan dan mempunyai kemahiran analitikal.
  3. DECIDE WHAT TO DO : Sediakan wawasan untuk perubahan itu dalam bentuk bertulis. Rancang segala strategi perlu. Sentiasa ada Pelan B. Jelaskan bagaimana masa depan boleh berbeza dengan masa lalu. Bagaimana kita boleh secara bersama menjadikan rancangan masa depan itu sebagai realiti.
  4. MAKE IT HAPPEN : Sentiasa ada komunikasi berkesan dan berterusan. Perlu ada perbincangan dan mesyuarat. Biar semua anggota pasukan faham dan memerima keputusan. Keluar dari bilik mesyuarat terus bertindak. Kurangkan bercakap, banyakkan buat.
  5. Gerak perkasa mereka yang lain untuk bertindak.Runtuhkan sebanyak mungkin halangan yang ada agar mereka yang komited untuk menjayakan wawasan itu mampu berbuat demikian.
  6. Cipta kejayaan-kejayaan kecil. Ia akan meransang minda untuk terus berorientasikan kejayaan. Raikan kejayaan kecil itu. Budaya meraikan kejayaan ini akan menjadikan mereka yang terlibat dapat merasakan getar ceria kejayaan itu dan mahu meneruskan tradisi pasukan juara.
  7. Jangan berhenti. Beri tekanan positif agar pasukan lebih produktif. Tekanan positif akan menjadikan pasukan lebih kuat dan dapat bergerak lebih pantas. Terus menerus wujudkan gelombang demi gelombang sehingga wawasan itu menjadi kenyataan.
  8. MAKE IT STICK : Budayakan tabiat kerja kejayaan itu sebagai budaya baru. Pastikan ianya melekat likat dan sebati menyatu dan membudaya dalam setiap perlakuan harian dan akhirnya serasi menjadi budaya besar kumpulan.

NOKOTTA

  1. Lama tidak menulis dalam blog. Tentu sekali masalahnya masa. Barangkali dalam minggu minggu terakhir bulan Januari, saya agak sibuk. Begitupun kuncinya tetap sama, saya gagal memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Tiada alasan atas ketidakupayaan saya ini.
  2. Pengurusan Masa, Pengurusan Kesihatan, Pengurusan Kewangan adalah 3 perkara yang saling berkait rapat. Memahami konsep Triple Management ini menyebabkan sejak dulu lagi saya tidak suka kepada rokok. Seorang perokok adalah mereka yang membuang masa (melihat hembusan asap rokok yang sia sia), merosakkan kesihatan diri dan orang lain dan yang ketara membazirkan wang.
  3. Sebaliknya saya sangat sukakan H2O. Saya minum lebih dari 3 liter air kosong sehari. Sebermula dari waktu bangun tidur, saya terus minum 600 ml air. Air adalah penyembuh penyakit. Tetapi kenapa ramai orang tidak suka minum air kosong. Kenapa mereka memilih soda seperti coke dll? Masyarakat Malaysia secara puratanya menggunakan 25 sudu gula sehari. Oooh..saya jarang sekali minum teh atau kopi yang ada gula atau susu.
  4. Kehidupan ini mudah kalau kita mudahi, senang kalau kita senangi dan seronok kalau kita sentiasa bersyukur. Hari Jumaat malam Sabtu lepas, saya berkesempatan menghadiri Malam Puisi Palestin di Laman Santai, Istana Budaya. Melihat dan mendengar bait kata puitis dari segala macam tokoh : Pak Menteri, Sasterawan Negara, Artis Tersohor dan Pemuisi Terbilang. Alangkah besarnya nikmat Tuhan kepada bumi bertuah mutiara zamrud khatulistiwa bernama Melayu ini.
  5. Sepanjang hidup, saya percaya " There is no limit to what a man can do or where he can go, if he doesn't mind who gets the credit'.. sebab itu saya hidup secara simple, mengikut apa yang saya fikirkan perlu. Oh ya, minggu lepas selesai berjogging, saya masuk ke dalam bank. Seperti biasa bila keluar dari bank ada saja pemungut derma dan 'anak yatim' yang akan datang menghampiri kita. Tapi kali ini tidak ada yang menyerbu menghampiri saya., walaupun ada 3-4 orang pemungut derma disitu.. Saya heran dan lama berfikir..
  6. Rupanya, kerana saya berseluar sukan sedikit melepasi paras lutut dan memakai round collar tshirt... Minda saya tajam menganalisa. oh inilah kehidupan, manusia menilai seseorang berdasarkan pakaian. 2 hari lepas Dato Nik Aziz Nik Mat berkata dalam surat khabar, pakaian tidak mencerminkan keimanan (yang penting menutup aurat).. Kopiah dan serban bukan jaminan haji dan lebai. Kalau di KL, mereka yang memakai tali leher dan kot akan diserbu. Mungkin itu lambang orang kaya... Oh anakku 'anak yatim' , tshirt yang uncle pakai pada petang itu Emporio Armani.. (masyaAllah, lintasan ego uncle menerpa sebentar).
  7. Sedar atau tidak 25 hari dalam bulan Januari telah berakhir. Tinggal 340 hari aje lagi tahun 2009. Buku terkini John P. Kotter, terbitan Harvard Business Press bertajuk "A Sense of Urgency".. kesegeraan bertindak amat perlu dalam hidup. Saya selalu beritahu diri sendiri untuk selalu berusaha memasuki kelompok Top 1% dalam komuniti. Pada saya, matlamat diri adalah setiap hari menjadi lebih baik 0.1% lebih baik dari semalam. 1% lebih baik tiap 10 hari. 10% lebih baik setiap 100 hari dan 100% lebih baik setiap 3 tahun..bermakna setiap 3 tahun menjadi sekali ganda lebih baik dari diri kita hari ini.
  8. Semasa keluar dari dewan selepas melancarkan MRSM Kuala Krai Nombor Satu pada hari khamis 22 Januari, sekumpulan pelajar bertanya apa strategi untuk jadi no satu.. Saya jawab dalam sukan Sumo ada satu perkataan, NOKOTTA.. Menang atau kalah masih belum tentu. Sekiranya pejuang berputus asa, maka dia pasti kalah. Tetapi kalau pejuang terus berusaha dia akan menang. Kemenangan sentiasa ditentukan dengan keupayaan kita membuat keputusan yang betul dalam hidup.