Saya berpengalaman selama 4 tahun dalam pengurusan politik, 10 tahun dalam pengurusan korporat dan 6 tahun dalam pengurusan perniagaan kecil dan sederhana. Saya mengelak untuk komen dalam blog ini penyakit 'poket kembong dan otak kosong' yang sedang melanda pengurusan politik parti pemerintah sekarang ini, saya juga tak fikir mereka yang berpengalaman dalam dunia korporat mampu menguruskan dengan baik perniagaan kecil dan sederhana. Mereka yang duduk di kerusi empok dunia korporat memang punyai otak pintar, tetapi tak ramai dari mereka ada sense of urgency. Mereka tidak akan mampu GENCHI GENBUTSU. Berikut adalah 18 perkara perlu di beri perhatian bersandarkan pengalaman peribadi susah sukar 6 tahun dalam pengurusan syarikat yang bermula dari sebuah dengan modal berbayar sekadar rm2 kepada 8 buah syarikat kumpulan dengan modal berbayar melebihi rm 15 juta.
- Beri fokus kepada pemasaran dan jualan. Pengarah Urusan mesti memperuntukkan 60 % dari masa bekerja untuk keluar mencari pelanggan atau mendapatkan projek baru.
- Urus perniagaan sedia ada. Tatang sepenuh jiwa dan raga.
- Kembang dan majukan perniagaan sedia ada.
- Dapatkan perniagaan baru.
- Perhati dengan teliti dan ambil perhatian khusus tentang penentuan harga, tuntutan (billing) dan kutipan (collections).
- Pastikan syarikat sentiasa ada lebihan tunai (cash).
- Cuba sedaya upaya bayar gaji kakitangan (payroll) tepat pada masa.
- Sentiasa bergantung harap kepada kakitangan cemerlang.
- Dengar dengan teliti pandangan setiap orang.
- Latih..latih..latih kakitangan.
- Pastikan syarikat mempunyai produk/khidmat berkualiti, sebagaimana yang didefinasikan oleh pelanggan.
- Berusaha supaya produk/khidmat syarikat dikenali kerana perbezaan mutu, kualiti dan keunggulan yang berbeza dengan pesaing.
- Buat rancangan tahunan dan rancangan 5 tahun.
- Delegasikan tugasan sehingga setiap orang dalam syarikat berdaya saing untuk menyempurnakan tugasan yang di amanahkan.
- Layan sebaik mungkin (coddle) pembekal.
- Bina hubungan jangka panjang dengan bank.
- Kaji dengan teliti setiap perbelanjaan yang melepasi angka seribu ringgit.
- Sempurnakan semua urusan pentadbiran perlu yang kalau tidak dibuat sekarang akan menjadi masalah pada masa depan.


No comments:
Post a Comment