Thursday, December 18, 2008

READING

Reading is one of the keys to success, because if you won't admit what you don't know, you'll never discover what you need to know.

IDEALIZATION

  1. Dalam kehidupan duniawi kita dapati kejayaan bermula dengan suatu kemahuan. Ia bermula dalam minda kita. Kecemelangan adalah gambaran yang terukir dalam minda.
  2. Psikologis Sydney Jourard memberitahu 85 % daripada kejayaan dalam kerja adalah bergantung kepada sikap dan personaliti kita. Kejayaan bukanlah satu kebetulan tetapi ia adalah usaha yang berterusan ke arah suatu matlamat.
  3. Charles Dickens dalam keindahan bahasanya menulis, "kemahuan laksana sebilah beliung yang tajam, yang dapat membuat jalan menebas hutan." Peribahasa kita menyebut, "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".
  4. Kajian menunjukkan hanya 2 peratus daripada masyarakat kita mempunyai sense of urgency. Setiap orang yang berjaya akan membina reputation for speed and dependability. Bila sesuatu kerja itu ingin disiapkan dalam waktu yang cepat, merekalah yang di cari.
  5. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, " Suatu perkara yang sangat ku takuti pada umat ku ialah buncit perut, suka tidur dan pemalas "
  6. Dr Edward Banfield dari Harvard University dalam kajiannya selama 50 tahun merumuskan bahawa semua orang yang berjaya mempunyai long term perspective. Mereka berfikir 10 hingga 20 tahun ke hadapan. Mereka membuat keputusan setiap hari berasas kepada long term horizon.
  7. Proses ini di panggil IDEALIZATION. Proses yang memerlukan kita melihat diri sekurang kurangnya 5 tahun ke hadapan.
  8. Anthony Robbins mengingatkan, " Untuk berjaya, kita mesti bersungguh sungguh mempelajari kejayaan ".

SURVIVAL

SURVIVAL IS NOT JUST ABOUT HAVING A GOOD IDEA. IT IS ALSO ABOUT HOW WELL YOU EXECUTE.

PESAN PAPA # 2

Papa selalu berkata :
PERKARA PERTAMA : Hidup mesti ada Rancangan 5 tahun.. Sentiasa ada perancangan strategik. Sentiasa ada Plan B.
PERKARA KEDUA : Kelilingi diri dengan mereka yang mahu melihat kita berjaya sahaja. Ini nampak mudah tetapi sebenarnya payah. Dalam real world, terlalu ramai kawan yang ingin membina mahligai atas pusara kawan kawan sendiri. Jauhi mereka ini.
PERKARA KETIGA : Tahu apa yang kita inginkan dan tahu apa benda yang kita memang benar benar bagus dan boleh lakukan. Untuk berjaya, kita mesti bersungguh mempelajari kejayaan itu sendiri serta sentiasa seronok dengan apa yang kita lakukan. Pastikan kita bangun pagi dengan semangat dan berasa tidak sabar untuk memulakan kerja pada hari itu.
PERKARA KEEMPAT : Jangan bertangguh. Selesaikan apa yang sepatutnya dilakukan pada hari ini dan lakukannya.
PERKARA KELIMA : Jangan buat kerja sekerat jalan dan separuh hati. Sentiasa sudahkan sesuatu yang telah dimulakan. Jangan lupa tutup pintu selepas membukanya. Letakkan semua benda yang dipegang di tempat asalnya semula.
PERKARA KEENAM : Ingat dalam kehidupan dan perniagaan persepsi selalunya realiti. Apa yang mereka lihat selalunya lebih penting dari isi kandung sebenar. Untuk bersaing dalam dunia mereka, tunjukkan apa yang mereka ingin lihat dan beritahu mereka apa yang mereka ingin dengar( selagi tidak melanggar kod moral diri)
PERKARA KETUJUH : Belajar berkulit tebal. Diulangi benar benar berkulit tebal. Terlalu ramai orang yang akan mempersoalkan keupayaan dan kredibiliti kita. Dengan berkulit tebal, kita tidak perlu ambil peduli dengan suara lantang mereka. Kesenyapan akan membantu kita kekal fokus kepada objektif asal dan InsyaALLAH kita akan berjaya.
PERKARA KELAPAN : Jangan lupa cuci tangan dengan sabun terutama selepas keluar dari tandas dan sebelum makan. Terpenting sabun juga tangan selepas bersalam dengan manusia yang suka menikam dari belakang.

THINK BIG

LIFE IS TOO SHORT TO BE SMALL - Benjamin Disraeli.

TUN DR M

  1. Baru kejap keMPH mid valley. Menekuni dan beli buku. Tanpa di duga terserempak dengan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah. Rupanya TDM ada majlis menandatangani buku che det.com di situ.
  2. Seperti biasa TDM segak bergaya dengan baju kot ala Nehru. Dan dia dikerumuni oleh setiap lapisan masyarakat, tua - muda - kanak kanak dari pelbagai bangsa.
  3. Saya terpandang di sudut biasa laporan best seller local author dari 8 -14 dec. .ini urutannya. 1. Mahathir Mohamad an illustrated biography,tulisandan lakaran E Yu 2. March 8 the day malaysian woke up, tulisan Kee Thuan Chye 3. Surat daripada Mahathir, tulisan Zainuddin Maidin. 4. Malay Dilemma, tulisan Mahathir Mohamad. 5. Laughter the best malaysian, tulisan David Thong 6. Peeing the bush, tulisan adelineloh. 7. May 13, tulisan Kua Kia Song. 8. Che Det .com blog merentasi halangan, tulisan dr Mahathir Mohamad...
  4. Maka jelas lah rakyat Malaysia tidak mungkin akan dapat melupakan Tun, pemimpin terbilang Malaysia. Dari 8 buku best seller, 4 adalah buku tulisan atu pun tentang Tun.
  5. Pada saya formula TDM adalah P + D + A = RP yang bermaksud passion + discipline + action = remarkble performance.
  6. Semasa mahu pulang bonda Tun Siti Hasmah sempat menyapa dan bertanya khabar.. dia adalah wanita pertama malaysia yang tidak ada duanya sehingga kini..

Wednesday, December 17, 2008

PERSISTENCE

  1. Antara perkataan yang amat saya sukai dan kekal terpahat dalam minda adalah PERSISTENCE. Perkataan ini seakan menjelaskan kualiti prima yang diperlukan dalam meningkatkan kebijaksanaan dan menjayakan pencapaian besar dalam hidup.
  2. Oxford English Dictionary defines 'persistence' as meaning 'to continue firmly in an opinion or course of action in spite of difficulty or oppositions to continue to persist'.
  3. Persistence datang dari bahasa latin 'per' dan 'sistere' yang bermaksud berdiri teguh dan tidak berganjak.
  4. Bahasa Melayu mengikut fahaman saya mendefinasikannya sebagai bila mahu kepada sesuatu seseorang yang persistence akan begitu nekad, keras kemahuan, tabah hati, teguh pendirian, tidak berganjak atau dalam bahasa yang selalu saya bisikkan kepada diri sendiri iaitu mempunyai kesungguhan yang menggila....
  5. Bersungguh serta tahan segala dugaan ( persistence ) dan kita akan dapat mengatasi setiap cabaran yang menghalang..
  6. BERSUNGGUH SECARA MENGGILA. Tukar segala kesilapan menjadi kejayaan. Bersungguh dengan berani hati, kita akan dapat menguasai apa jua perkara. 5 perkataan sehari dan dalam tempoh 2 tahun kita akan menguasai 3000 perkataan. 5 km sehari , dalam 5 tahun anda akan mampu melepasi cabaran ironman langkawi..
  7. PERSIST ! PERSIST ! PERSIST !
  8. Perkataan adalah badan kepada pemikiran.

BOSS

'Your boss has a bigger vacobulary than you have. That's one good reason why he's your boss.''

Tuesday, December 16, 2008

TOP OF THE POPS

  1. Seorang guru muzik, Suzuki membuat penemuan berikut... seorang bayi yang dilahirkan di Jepun boleh mempelajari bahasa Jepun dalam masa 2 tahun.
  2. Ahaa.. seperti orang lain, anda akan mengatakan apa peliknya. Memanglah begitu kalau anda fikir begitu, tetapi ..... hakikat yang sebetulnya Suzuki telah membuat penemuan yang besar dalam kebijaksanaan verbal.
  3. Penemuan Suzuki adalah sesuatu yang 'ketara tetapi tidak dapat dilihat' iaitu setiap bayi yang dilahirkan di mana mana negara, secara automatik akan dapat belajar, dalam tempoh 2 tahun, bahasa kebangsaan yang di guna pakai di negara tersebut.
  4. Ini bermakna, mana mana bayi yang normal mindanya akan berpotensi untuk belajar apa jua bahasa sekalipun. Suzuki telah menemui brain principle of mimicking
  5. Apa yang Suzuki temui bahawa sistem suara, telinga dan minda sebenarnya adalah mesin fotokopi yang amat sempurna dan mempunyai keupayaan untuk belajar apa jua ritma dan perkataan dari pelbagai bahasa.
  6. Apakah rahsia bayi (baby secret) ; PERTAMA : perasaan ghairah yang luar biasa untuk belajar sesuatu yang baru. KEDUA : tidak pernah merasa bersalah untuk buat silap semasa belajar. Bagi bayi melakukan kesilapan dan belajar dari kegagalan adalah cara yang tercepat untuk pandai. KETIGA : Bayi tahu tanpa kesungguhan yang menggila tidak akan ada kemajuan yang akan boleh dicapai.Bayi amat persistence.
  7. Bayi hanya akan belajar dari yang terbaik. Siapa lagi yang lebih baik dari ufuk horizon pandangan mata seorang bayi selain dari kedua ibu bapanya sendiri.
  8. Kita boleh mempelajari bahasa seperti seorang bayi.... Hari ini anak saya mendaftar di pra sekolah SRJK cina... dalam 2 tahun dia akan dapat menuturkan bahasa mandarin... Saya juga mendaftar di satu pusat belajar sampai pandai bahasa mandarin.. saya akan kalahkan baby.. hao ma..

BRAIN PRINCIPLE OF MIMICKING



"My dear, you're working too hard with your hands. You're too smart for that. You need to be using your mind, not your hands."


Monday, December 15, 2008

CHILD'S WORDPLAY - THE HUMAN BABY



1. WHO IS THIS PARAGON OF VERBAL INTELLIGENCE?

2. I will introduce you to the special tools a baby uses to master any languages and all verbal situations.

3. A baby learns thousands of new words and hundred of new verbal skills every year.

NOTA UNTUK PIKU

  1. Verbal Intelligence adalah kebolehupayaan untuk menggunakan abjad dan menggabungkannya menjadi perkataan dan ayat. Verbal IQ boleh diukur dengan saiz perbendaharaan kata serta kebolehupayaan seseorang menyusun perkataan itu ketika mengungkap kata.
  2. Seawal abad ke 20, ahli psikologi telah mendapati ada perkaitan yang jelas antara saiz perbendaraan kata seseorang dengan kejayaan orang itu dalam kehidupan. Dalam kata lain, lebih besar dan banyak perbendaharaan kata seseorang akan juga meningkatkan tahap verbal IQ , sekali gus menjadikan seseorang itu lebih yakin dan berjaya dalam kehidupan sehariannya samada di tempat kerja mahupun dalam kehidupan sosial dan peribadi..
  3. Perkataan mempunyai kuasa yang luar biasa. Mereka yang mampu mengungkap kata akan boleh mempengaruhi, menginspirasi, membujuk dan meyakinkan minda manusia lain dalam pelbagai keadaan.
  4. Justeru itu , adalah tidak pelik, bila perkataan telah menjadi salah satu dari currencies dalam revolusi pengetahuan di abad ke 21 ini.
  5. .....'Language is the immediate gift of God'

BRAIN PRINCIPLE OF PLAY








Sunday, December 14, 2008

PESAN PAPA

Papa sentiasa berpesan dalam 8 perkara pada satu masa. Berikut adalah satu masa pertama dari 8 perkara pesanan papa.....

PERKARA PERTAMA Kejayaan adalah menghidupkan bara semangat sepanjang masa. Tetapi jangan tergesa gesa. Atur tapak selangkah pada satu masa. Terpenting jangan sesekali biarkan bara semangat itu terpadam.

PERKARA KEDUA Sebelum meninggalkan bilik , sentiasa tutup lampu. Habiskan makanan. Berjimat cermat. Berfikir seperti pemilik. Hargai setiap detik dan sayangi setiap perkara yang kita miliki.

PERKARA KETIGA Jangan sesekali terpesona dengan 5Ps...Pay, Perks, Power, Picture in newspaper and Prestige...Utamakan 2Ps...Performance and Profit.

PERKARA KEEMPAT Lebih banyak mendengar dari berkata. Jangan terlalu banyak bercakap, kerana dalam hidup ini kita tidak tahu siapa musuh kita yang sebenarnya.

PERKARA KELIMA Di ketika hampir semua orang menutup pintu kepada kita, tabahkan hati dan berkata kepada diri " Tidak, akan ada nanti pintu yang terbuka"

PERKARA KEENAM Bila kita muda, kecergasan adalah sukan. Bila kita telah meningkat usia, mengekalkan kecergasan adalah keperluan.

PERKARA KETUJUH Kita hanya akan dapat menang dengan membina pasukan. Sentiasa jadi pembina pasukan.

PERKARA KELAPAN Hidup mesti ada jiwa. Jangan kerana mahu menang kita jadi pengelat. Tiada maknanya menang dengan cara mengelat.