Monday, December 15, 2008

NOTA UNTUK PIKU

  1. Verbal Intelligence adalah kebolehupayaan untuk menggunakan abjad dan menggabungkannya menjadi perkataan dan ayat. Verbal IQ boleh diukur dengan saiz perbendaharaan kata serta kebolehupayaan seseorang menyusun perkataan itu ketika mengungkap kata.
  2. Seawal abad ke 20, ahli psikologi telah mendapati ada perkaitan yang jelas antara saiz perbendaraan kata seseorang dengan kejayaan orang itu dalam kehidupan. Dalam kata lain, lebih besar dan banyak perbendaharaan kata seseorang akan juga meningkatkan tahap verbal IQ , sekali gus menjadikan seseorang itu lebih yakin dan berjaya dalam kehidupan sehariannya samada di tempat kerja mahupun dalam kehidupan sosial dan peribadi..
  3. Perkataan mempunyai kuasa yang luar biasa. Mereka yang mampu mengungkap kata akan boleh mempengaruhi, menginspirasi, membujuk dan meyakinkan minda manusia lain dalam pelbagai keadaan.
  4. Justeru itu , adalah tidak pelik, bila perkataan telah menjadi salah satu dari currencies dalam revolusi pengetahuan di abad ke 21 ini.
  5. .....'Language is the immediate gift of God'

No comments:

Post a Comment