- Setiap hari ada 60,000 bentuk pemikiran kita fikirkan. Lebih malang dari 60,000 itu, sebilangan besarnya adalah pemikiran negatif terutama mengambil peduli tentang apa yang orang kata terhadap kita.
- Kita lebih senang membiarkan orang lain meletakkan standard dan acuan mereka kepada kita. "Mereka" yang berkata mengikut persepsi mereka. Siapa "mereka"? Seumpama cerita bapa dan anak dan seekor keldai tunggangan. Tiada apapun yang kita buat betul mengikut acuan mereka, terutama mereka yang sibuk menjaga dan meneropong orang lain. Perhatikan untung nasib mereka.. HAH
- Saya selalu berkata kehidupan ini seumpama bermain catur. Seorang pemain catur perlu merancang sekurang kurangnya 3 gerakan langkah kehadapan. Kalau kita beroperasi dalam kehidupan harian dengan mind set pemain catur, kita akan menemukan banyak siri kejayaan dalam kehidupan.
- Dulu masa saya kecil saya membaca cerita "The ant and the grasshopper". Sementara belalang menghabiskan bulan bulan musim panas dengan bersuka ria, semut bekerja keras mengumpul makanan untuk menghadapi musim sejuk. Semut berfikir 3 bulan ke hadapan. Bila tiba musim sejuk, belalang kesejukan dan kelaparan, datang merayu meminta pertolongan dari sang semut. Berfikir masa depan dan merancang sekarang adalah kebijaksanaan.
- Inilah yang saya panggil CORE SUCCESS INTELLIGENCE. Wang tidak seharusnya mengubah who we are at the core. Kejayaan dalam kehidupan adalah bergantung kepada pilihan yang kita buat setiap hari agar kesemua 60,000 pemikiran itu terfokus kepada perkara yang positif dan produktif yang menjadikan kita optimis sepanjang masa.
Wednesday, January 14, 2009
60,000 PEMIKIRAN SEHARI
PESONA ILUSI IMIGINASI DIRI
- Reality Check : Kaya sebenar adalah kita gembira dengan hidup semasa, walau apa pun suasana kita sentiasa merasa berada di puncak dunia. Sentiasa bersedia untuk menang dan sedia juga sekiranya kalah. Apapun keputusan kita terima dengan redha. Kaya sebenar adalah yakin dengan keindahan mimpi hari esok dan menikmati sepenuhnya sampai ke pagi keseronokan mimpi malam tadi. Hidup di alam semesta, berjejak di bumi nyata.
- KEJAYAAN bermula dengan dengan keyakinan bahawa kita boleh melakukanya. Untuk membina keyakinan seumpama itu, Pertama, kita mesti mencari seorang MENTOR. Mentor yang membimbing, menunjuk arah, memberi garis panduan, membetulkan, memarahi dan mendorong kita ke arah kejayaan. Mentor yang mengajar kita agar berfikir mencari penyelesaian bukan sekadar nampak masalah tetapi merebut peluang dengan menyelesaikan masalah itu. Mentor yang menjelaskan cara terbaik memanfaatkan ruang dalam mencipta kejayaan.
- Kedua, menggunakan secara optima kurniaan Allah kepada kita.. MINDA. Manusia biasa hanya mengguna tidak sampai pun 5 % dari keupayaan minda mereka. Manusia yang berjaya adalah mereka yang bangun pada setiap pagi dan bertanya, kenapa tidak saya? Bangun setiap pagi dan bertanya, kalau ada 100 orang yang berjaya, aku satu dari 100. Kalau ada 10 orang berjaya, aku satu dari 10 dan kalau ada seorang yang berjaya, kenapa tidak aku? (why not me?).
- Jalan sebenar kejayaan adalah dengan meningkatkan rasa hormat diri (self esteem) setiap hari. Mulakan dengan perkara mudah dan kecil dulu. Nikmati kepuasan mencari jalan penyelesaian. Bila sudah ada peningkatan keyakinan diri, tingkatkan keupayaan dengan menyelesaikan cabaran berikutnya.
- Dua cara tercepat meningkatkan rasa hormat diri adalah dengan pertama, melihat cermin. Pandang tepat kepada orang di dalam cermin itu. Rasakan getar tarikan nafasnya, berkata jujur kepada diri sendiri, apakah kita sudah mencuba yang terbaik dalam setiap perkara yang kita ceburi ( bercermin muka dulu sebelum berkaca mata). Seterusnya perhatikan kerapian, kekemasan, kesegakan dan kebersihan diri. Dalam kata lain sentiasa menjaga penampilan diri. Kedua, dengan menyimpan jurnal. Tuliskan nama pada jurnal itu. Jurnal diri adalah tempat terbaik untuk kita bercakap kepada diri sendiri. Menulis idea akan memberikan kejelasan berfikir yang luar biasa kepada kita dan akan memberi keyakinan berganda kepada kita untuk menterjemahkan idea itu kepada realiti.
- Rasa hormat diri sebenar tidak mungkin terbina dengan adanya ego dan sombong diri. Mereka yang berjaya akan tunduk tanda hormat kepada setiap manusia lain, menghargai perbezaan pandangan dan menyumbang semula setiap kali berpeluang.
- Wang amat penting dalam kehidupan. Wang adalah alat. Tapi, jangan biarkan wang memusnahkan kita. Jangan sama sekali. Saya mengaku, saya memakai baju berjenama Armani, Zegna, Paul Smith, Prada, Thomas Pink. Saya memiliki 8 buah kereta, memakai kasut dan beg Prada, Louis Vuitton, Zegna, Paul Smith dan sebagainya. Saya memiliki jam Patek Phillipe dan Rolex. Saya menulis menggunakan koleksi pen Mont Blanc.
- Begitupun, itu semua bukan lambang kejayaan. Sedikit pun saya tidak terusik dengan semua itu. Saya masih seorang budak kampong yang tidak takut pada pacat dan lintah, selesa sesekali kalau masih ada mandi air perigi dan boleh duduk di kedai kopi mendengar pak mat dan pak leh bersembang tentang kekejaman tentera yahudi di Gaza. Cuma bila saya memesan teh tanpa gula dan susu (orang kampong saya hairan bagaimana boleh hidup tanpa gula dalam minuman), juga bila saya berbeza pendapat dengan mereka yang cuba menyamakan kerajaan Malaysia dengan yahudi, maka mereka pun berkata, saya sudah berubah.
- Saya tidak peduli apa yang mereka kata, kerana ummi saya selalu berpesan sepanjang hayatnya, kekayaan sebenar adalah dengan mempunyai solid foudation. Mengetahui siapa kita (who we are), apakah matlamat sebenar di dunia yang sementara ini dan membina kekayaan jiwa dalaman yang akan menyerlahkan potensi insan sebagai hamba Allah di muka bumi ini. JANGAN SEKALI PUN DALAM HIDUP TERPESONA DENGAN ILUSI IMIGINASI DIRI.
Tuesday, January 13, 2009
GET REAL, GET RICH
- Saya seorang yang realistik. Get Real Get Rich. Sebab itu sebuah syarikat saya namanya RichGroup. Saya percaya kita mesti mengikut kata hati dan intuisi diri bagi mencapai apa yang kita mahukan dalam hidup.
- Saya percaya setiap insan ada kebolehupayaan untuk melakukan sesuatu yang bermakna, merealisasikan impian dan mencipta kejayaan. Keep Going..sentiasa berjalan walau apa pun rintangan dan halangan. Semasa kecil, saya membaca perlumbaan arnab dan kura kura. Yang memecut pantas ke depan tak semestinya akan cepat sampai ke garisan penamat.
- Operasi pengembaraan ke masa depan bagi saya berdasarkan Rancangan 5 Tahun. Saya tidak membuat azam setiap awal tahun. Saya sekadar ada senarai semakan apa yang akan saya capai untuk tahun itu bagi mempercepatkan R5T saya. Untuk tahun 2009 saya ada 38 perkara yang ingin saya buat. Terkini saya sedang menghabiskan R5T (okt 2008 - okt 2013). Justeru itu kalau saya berjaya menghabiskan 38 perkara pada tahun 2009 maka impian R5T 0813 saya akan menemui sasaran. Kalau tak tercapai semua pun takpa, kerana saya masih ada R5T 1318 (okt 2013- okt 2018).
- Ketepatan saya membuat keputusan sekarang adalah kerana disiplin diri yang sangat kuat. Disiplin ini barangkali terbina kerana pengalaman masa lalu yang payah dan berliku. Saya fikir perjalanan hidup saya tidak banyak kaitan dengan kekayaan kewangan tinggalan keluarga, bukan juga kerana sokongan politik atau kerana tuah nasib yang sentiasa memihak.
- Apa yang penting dari semua faktor yang mungkin ditakdirkan membantu, bagi saya adalah sikap yang positif dan optimis, kegigihan membina keupayaan dan komitmen peribadi. Setiap hari saya memulakan pagi dengan ghairah , menemui perkara baru, meneroka peluang yang terpandang,sentiasa meningkatkan keyakinan diri sendiri dan berusaha untuk percaya kepada orang lain. Dalam watu yang sama menikmati keindahan sinar terbit mentari pagi, nyanyian burung dan kokok ayam di waktu pagi, makan makanan tersedap direstoran tersohor, menonton filem, melihat teater,memakai pakaian berjenama, membaca buku dan majalah terbaik,berpeluh dalam gym, menghadiri perbualan agung, melihat anak2 membesar, membuat kebaikan walaupun kecil setiap hari dan pelbagai lagi.
- Pada hemat saya semua yang berlaku adalah peribadi. Detik kebenaran terindah adalah mengikut nyanyian hati. Kegagalan kita mencapai sesuatu bukan masalah. Saya tidak pernah hilang kawalan. Saya tidak pernah putus asa. Masalah bukan pada pencapaian, tapi masalah adalah apa yang kita harapkan.
- Kita mesti ada matlamat. Matlamat diri saya adalah tingkatkan 0.1% setiap hari. Selangkah pada satu masa. 1% dalam 10 hari. 10% dalam 100 hari. 100% dalam masa 3 tahun. Menjadi sekali ganda lebih baik setiap 3 tahun. Lebih baik dalam setiap juzuk kehidupan. Lama kelamaan kita akan tergolong dalam top 1% dalam komuniti.
- Ada kawan2 mengkritik saya bila saya memaparkan cita cita untuk disenaraikan sebagai 40 orang yang terkaya di Malaysia. Jawapan saya mudah. Bercita cita lah untuk memetik bintang di langit, takdirnya tak tercapai, tangan tak akan kotor dek lumpur di bumi.
Subscribe to:
Posts (Atom)

