- Saya seorang yang realistik. Get Real Get Rich. Sebab itu sebuah syarikat saya namanya RichGroup. Saya percaya kita mesti mengikut kata hati dan intuisi diri bagi mencapai apa yang kita mahukan dalam hidup.
- Saya percaya setiap insan ada kebolehupayaan untuk melakukan sesuatu yang bermakna, merealisasikan impian dan mencipta kejayaan. Keep Going..sentiasa berjalan walau apa pun rintangan dan halangan. Semasa kecil, saya membaca perlumbaan arnab dan kura kura. Yang memecut pantas ke depan tak semestinya akan cepat sampai ke garisan penamat.
- Operasi pengembaraan ke masa depan bagi saya berdasarkan Rancangan 5 Tahun. Saya tidak membuat azam setiap awal tahun. Saya sekadar ada senarai semakan apa yang akan saya capai untuk tahun itu bagi mempercepatkan R5T saya. Untuk tahun 2009 saya ada 38 perkara yang ingin saya buat. Terkini saya sedang menghabiskan R5T (okt 2008 - okt 2013). Justeru itu kalau saya berjaya menghabiskan 38 perkara pada tahun 2009 maka impian R5T 0813 saya akan menemui sasaran. Kalau tak tercapai semua pun takpa, kerana saya masih ada R5T 1318 (okt 2013- okt 2018).
- Ketepatan saya membuat keputusan sekarang adalah kerana disiplin diri yang sangat kuat. Disiplin ini barangkali terbina kerana pengalaman masa lalu yang payah dan berliku. Saya fikir perjalanan hidup saya tidak banyak kaitan dengan kekayaan kewangan tinggalan keluarga, bukan juga kerana sokongan politik atau kerana tuah nasib yang sentiasa memihak.
- Apa yang penting dari semua faktor yang mungkin ditakdirkan membantu, bagi saya adalah sikap yang positif dan optimis, kegigihan membina keupayaan dan komitmen peribadi. Setiap hari saya memulakan pagi dengan ghairah , menemui perkara baru, meneroka peluang yang terpandang,sentiasa meningkatkan keyakinan diri sendiri dan berusaha untuk percaya kepada orang lain. Dalam watu yang sama menikmati keindahan sinar terbit mentari pagi, nyanyian burung dan kokok ayam di waktu pagi, makan makanan tersedap direstoran tersohor, menonton filem, melihat teater,memakai pakaian berjenama, membaca buku dan majalah terbaik,berpeluh dalam gym, menghadiri perbualan agung, melihat anak2 membesar, membuat kebaikan walaupun kecil setiap hari dan pelbagai lagi.
- Pada hemat saya semua yang berlaku adalah peribadi. Detik kebenaran terindah adalah mengikut nyanyian hati. Kegagalan kita mencapai sesuatu bukan masalah. Saya tidak pernah hilang kawalan. Saya tidak pernah putus asa. Masalah bukan pada pencapaian, tapi masalah adalah apa yang kita harapkan.
- Kita mesti ada matlamat. Matlamat diri saya adalah tingkatkan 0.1% setiap hari. Selangkah pada satu masa. 1% dalam 10 hari. 10% dalam 100 hari. 100% dalam masa 3 tahun. Menjadi sekali ganda lebih baik setiap 3 tahun. Lebih baik dalam setiap juzuk kehidupan. Lama kelamaan kita akan tergolong dalam top 1% dalam komuniti.
- Ada kawan2 mengkritik saya bila saya memaparkan cita cita untuk disenaraikan sebagai 40 orang yang terkaya di Malaysia. Jawapan saya mudah. Bercita cita lah untuk memetik bintang di langit, takdirnya tak tercapai, tangan tak akan kotor dek lumpur di bumi.
Tuesday, January 13, 2009
GET REAL, GET RICH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment