Friday, January 9, 2009

RAHSIA KEJAYAAN

Seorang anak muda telah bertemu Socrates dan bertanya apakah rahsia kejayaan. Socrates memberitahu anak muda itu supaya menemui beliau di sebatang anak sungai pada keesokan harinya. Lalu mereka bertemu pada waktu yang dijanjikan. Socrates mengajak anak muda itu berjalan mengharung air. Bila sampai betul-betul di tengah sungai itu, ketika air mencapai paras leher, secara tiba-tiba Socrates memegang kepala anak muda itu dan menyelamnya ke dalam air. Anak muda itu bergelut untuk melepaskan diri tetapi Socrates lebih kuat dan terus menekan kepala anak muda itu ke dalam air sehingga muka anak muda itu berubah menjadi biru kerana kekurangan oksigen. Kemudiannya Socrates mengangkat kepala anak muda itu keluar dari air tersebut. Anak muda itu bernafas semahu-mahunya menyedut udara segar. Socrates bertanya, "Apakah yang paling kamu mahukan semasa kepala kamu terbenam di dalam air?", spontan anak muda itu menjawab, "udara". Socrates seterusnya berkata "Itulah rahsia kepada kejayaan. bila kamu mahukan kejayaan sepertimana kamu mahukan udara sewaktu kamu terbenam di dalam air tadi, maka kamu akan memperolehinya. Tidak ada rahsia selain dari itu".

No comments:

Post a Comment