- AN IDEA : Ianya mesti ditulis. Ditulis berulang kali sehingga ianya menjadi dokumen peribadi.
- A BUSINESS PLAN : Saya melihat mentor saya menulis semua Business Plan beliau. Maka saya pun menulis Business Plan dan ternyata ianya mampu menjelaskan wawasan dan rancangan tentang idea perniagaan, secara tak langsung menjelaskan tentang siapa kita.
- BOOKKEEPING AND ACCOUNTING BASICS : Asas matematik mudah tentang finances of our business mesti difahami. Sekurang kurangnya kita tahu tentang P&L, cashflow, breakeven dsbnya.
- ME, MYSELF AND I : Itulah permulaan perniagaan. Seorang dan seorang. Selepas itu barulah saya mengambil kakitangan yang ' highly motivated people who enjoy the dynamics of working for small start up business and who can perform their jobs well '
- TIME MANAGEMENT : Ada ribuan buku tentang aspek ini. Tapi bagi saya 'easier-said-than-done tips' Pertama, saya ada plannning and operations log. Kedua, 'a routine of keeping my to dos in check'. Hati hati, alangkah cepatnya masa berjalan.
- LEGAL MATTERS : Kita seboleh mungkin mesti well versed dengan undang undang dan peraturan menguruskan perniagaan kecil. Semasa dalam dunia korporat ada pelbagai jabatan yang membantu dan menguruskan semuanya ini. Sekarang semuanya perlu buat sendiri.
- CLIENT AND CUSTOMERS : Ini yang penting. Sebuah syarikat tanpa klien dan pelanggan tidak ada nilainya. Pertarungan dalam padang terbuka bagi mendapatkan klien, pelanggan dan projek adalah pengalaman yang amat memeritkan dan membebankan tetapi amat bernilai dan berharga kemudiannya.
- SUPPORT SYSTEM : Inilah teras kepada kejayaan. Keluarga ,rakan rakan dan saudara mara amat membantu membarakan semula semangat yang kadang kadang hampir terpadam di saat sukar. Seringkali pada ketika ini, rakan rakan dan saudara mara "jauh" dari pandangan. Hilang entah ke mana. Mereka akan datang semula kepada kita selepas kejayaan mula kelihatan.
Wednesday, January 28, 2009
GREAT 8 START UP ESSENTIALS
Tuesday, January 27, 2009
Monday, January 26, 2009
18 PERKARA PENGURUSAN PERNIAGAAN KECIL DAN SEDERHANA
Saya berpengalaman selama 4 tahun dalam pengurusan politik, 10 tahun dalam pengurusan korporat dan 6 tahun dalam pengurusan perniagaan kecil dan sederhana. Saya mengelak untuk komen dalam blog ini penyakit 'poket kembong dan otak kosong' yang sedang melanda pengurusan politik parti pemerintah sekarang ini, saya juga tak fikir mereka yang berpengalaman dalam dunia korporat mampu menguruskan dengan baik perniagaan kecil dan sederhana. Mereka yang duduk di kerusi empok dunia korporat memang punyai otak pintar, tetapi tak ramai dari mereka ada sense of urgency. Mereka tidak akan mampu GENCHI GENBUTSU. Berikut adalah 18 perkara perlu di beri perhatian bersandarkan pengalaman peribadi susah sukar 6 tahun dalam pengurusan syarikat yang bermula dari sebuah dengan modal berbayar sekadar rm2 kepada 8 buah syarikat kumpulan dengan modal berbayar melebihi rm 15 juta.
- Beri fokus kepada pemasaran dan jualan. Pengarah Urusan mesti memperuntukkan 60 % dari masa bekerja untuk keluar mencari pelanggan atau mendapatkan projek baru.
- Urus perniagaan sedia ada. Tatang sepenuh jiwa dan raga.
- Kembang dan majukan perniagaan sedia ada.
- Dapatkan perniagaan baru.
- Perhati dengan teliti dan ambil perhatian khusus tentang penentuan harga, tuntutan (billing) dan kutipan (collections).
- Pastikan syarikat sentiasa ada lebihan tunai (cash).
- Cuba sedaya upaya bayar gaji kakitangan (payroll) tepat pada masa.
- Sentiasa bergantung harap kepada kakitangan cemerlang.
- Dengar dengan teliti pandangan setiap orang.
- Latih..latih..latih kakitangan.
- Pastikan syarikat mempunyai produk/khidmat berkualiti, sebagaimana yang didefinasikan oleh pelanggan.
- Berusaha supaya produk/khidmat syarikat dikenali kerana perbezaan mutu, kualiti dan keunggulan yang berbeza dengan pesaing.
- Buat rancangan tahunan dan rancangan 5 tahun.
- Delegasikan tugasan sehingga setiap orang dalam syarikat berdaya saing untuk menyempurnakan tugasan yang di amanahkan.
- Layan sebaik mungkin (coddle) pembekal.
- Bina hubungan jangka panjang dengan bank.
- Kaji dengan teliti setiap perbelanjaan yang melepasi angka seribu ringgit.
- Sempurnakan semua urusan pentadbiran perlu yang kalau tidak dibuat sekarang akan menjadi masalah pada masa depan.
18 PERKARA PENGURUSAN KESIHATAN DIRI
- Bangun sebelum matahari terbit, sebelum udara tercemar. Cuba seboleh mungkin solat subuh di masjid.
- Lakukan Power Breathing Exercise sekurang2nya 3 kali sehari.
- Mulakan sarapan pagi dengan oat. Makan sarapan pagi pada jam 7.30 pagi sebanyak mungkin.. 600 kalori. Jangan lupa madu dan telor separuh masak (putih sahaja).
- Makan secara sederhana dan tepat pada waktunya 6 kali sehari. 7.30 pagi, 10.00 pagi, 1.00 tengahari, 4.00 petang, 6.00 petang dan 8.30 malam. Jangan tangguhkan masa makan berjadual kerana kalau 2 jam saja terlewat dari jadual asal ia akan menyebabkan badan kita memasuki 'starvation mode'. Masa terbaik untuk makan malam adalah antara jam 5-7 malam, kerana waktu ini badan akan absorbs nutrients around 20% efficiently.
- Sentiasa amalkan 'Hara Hachi Bu'- makan hanya 80 % dari yang sepatutnya dan berhenti sebelum kenyang.
- Makan buah sekurang2nya 3 biji sehari. Buah terbaik bagi saya adalah Pomegranate (buah delima), Persimum (Pisang Kaki), Kiwi dan Guava atau Epal Hijau.
- Makan sayuran terutama sayuran kekacang (beans). Beans adalah magical food. Ianya dapat mengurangkan sistolic blood pressure dan lebih menarik, mereka yang makan sayuran kekacang akan 23% lebih kurang tendensi untuk mempunyai perut buncit. Ukurlilit pinggang mesti rationya separuh dari ketinggian, dengan ketinggian 5' 8'' saya mesti mempunyai ukurlilit pinggang tidak melebihi 34". Sekarang ukurlilit pinggang saya adalah 32". Satu pencapaian bagi orang tua..
- Minum air, minum air, minum air....Pastikan tidak kurang dari 2 liter sehari. Lebih banyak lebih elok. Saya minum 4 liter air sehari.
- Minum teh cina gred A.. Green tea atau oolong tea sekurang2nya 5 cawan sehari. Amalkan tiada gula dalam minuman. Gula boleh didapati dalam masakan dan buahan. Ingat diabetes adalah ibu kepada segala penyakit.
- Pastikan makan makanan berkualiti yang kaya protein. ( 1 g protein untuk 1 Ib berat badan). Saya makan 150 g protein sehari. Protein boleh didapati dalam telor, ayam, ikan (saya makan 120 g whey protein setiap hari), juga dalam kacang (1 aun badam mengandungi 6 g protein).
- Makan satu aun badam (almond)- lebih kurang 23 biji setiap hari atau 2 hidangan pistachio atau cashewnut. Ia membantu merendahkan LDL (bad) cholestrol sehingga 12 %.
- Mulakan exercise pertama sesudah suboh. Seawal pagi berlari atas treadmill untuk 30 min (atau latihan lain).. sebelum sarapan pagi. Ianya membantu menghilangkan lemak dan menurunkan fat mass. Purata fat mass lelaki 40an di Malaysia adalah melebihi 30 % dan saya bertekad mahu mempunyai 13 % fat mass.
- Rancang jadual latihan workout 9 minggu ke depan. (in advance). Strength by the numbers. Seeloknya 3 kali seminggu (Isnin- rabu- Jumaat ). Mereka yang exercise 30 min ,3 kali seminggu berterusan selam 6 minggu akan dapat meningkatkan energy level sebanyak 32 %. Seseorang akan mula ketagihan untuk exercise selepas 2 tahun berterusan melakukannya.
- Berjalan 10,000 langkah sehari (lebih kurang 5 km sehari). atau naik tangga bangunan 10 tingkat .. dengan menjadikan ini amalan kita akan mampu berjogging 72 km seminggu. Wow... kalau tak dapat pun tak apa, buat sekadar termampu.
- Makanan terakhir adalah 90 min sebelum tidur. Seeloknya 2 biji telor separuh masak ( putih sahaja) + sekeping wholemeal roti bakar + 500 ml skimmed milk.. makanan terakhir saya adalah jam 8.30 malam..
- Sesekali pun jangan merokok, elakkan diary products, elakkan daging merah... dan hidup ceria (tiada stress). Sentiasa bersyukur dengan nikmat kehidupan.
- Tidur dalam keadaan separa lapar. Ia akan menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmat hidup. Maafkan semua orang sebelum tidur.
- Tidur secukupnya dalam keadaan 'deep regrenative stages of sleep'- saya akan tidur 7 jam malam (11.00 malam- 6.00 pagi).. dicampur dengan satu jam nap sleep (2.00- 3.00 petang ).. menjadikan masa tidur 8 jam sehari.
Sunday, January 25, 2009
8 LANGKAH PROSES PERUBAHAN BERKESAN
- SET THE STAGE : Mula mula wujudkan 'sense of urgency'. Bantu setiap orang memahami keperluan untuk berubah demi sesuatu yang lebih baik dan segera bertindak.
- Bentuk segera satu pasukan kerja yang akan memacu perubahan itu. Pasukan mesti membabitkan mereka yang ada kemahiran kepemimpinan, sedia untuk bertindak, terbukti kredibilitinya, kebolehupayaan untuk berkomunikasi, ada kuasa pembuat keputusan dan mempunyai kemahiran analitikal.
- DECIDE WHAT TO DO : Sediakan wawasan untuk perubahan itu dalam bentuk bertulis. Rancang segala strategi perlu. Sentiasa ada Pelan B. Jelaskan bagaimana masa depan boleh berbeza dengan masa lalu. Bagaimana kita boleh secara bersama menjadikan rancangan masa depan itu sebagai realiti.
- MAKE IT HAPPEN : Sentiasa ada komunikasi berkesan dan berterusan. Perlu ada perbincangan dan mesyuarat. Biar semua anggota pasukan faham dan memerima keputusan. Keluar dari bilik mesyuarat terus bertindak. Kurangkan bercakap, banyakkan buat.
- Gerak perkasa mereka yang lain untuk bertindak.Runtuhkan sebanyak mungkin halangan yang ada agar mereka yang komited untuk menjayakan wawasan itu mampu berbuat demikian.
- Cipta kejayaan-kejayaan kecil. Ia akan meransang minda untuk terus berorientasikan kejayaan. Raikan kejayaan kecil itu. Budaya meraikan kejayaan ini akan menjadikan mereka yang terlibat dapat merasakan getar ceria kejayaan itu dan mahu meneruskan tradisi pasukan juara.
- Jangan berhenti. Beri tekanan positif agar pasukan lebih produktif. Tekanan positif akan menjadikan pasukan lebih kuat dan dapat bergerak lebih pantas. Terus menerus wujudkan gelombang demi gelombang sehingga wawasan itu menjadi kenyataan.
- MAKE IT STICK : Budayakan tabiat kerja kejayaan itu sebagai budaya baru. Pastikan ianya melekat likat dan sebati menyatu dan membudaya dalam setiap perlakuan harian dan akhirnya serasi menjadi budaya besar kumpulan.
NOKOTTA
- Lama tidak menulis dalam blog. Tentu sekali masalahnya masa. Barangkali dalam minggu minggu terakhir bulan Januari, saya agak sibuk. Begitupun kuncinya tetap sama, saya gagal memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Tiada alasan atas ketidakupayaan saya ini.
- Pengurusan Masa, Pengurusan Kesihatan, Pengurusan Kewangan adalah 3 perkara yang saling berkait rapat. Memahami konsep Triple Management ini menyebabkan sejak dulu lagi saya tidak suka kepada rokok. Seorang perokok adalah mereka yang membuang masa (melihat hembusan asap rokok yang sia sia), merosakkan kesihatan diri dan orang lain dan yang ketara membazirkan wang.
- Sebaliknya saya sangat sukakan H2O. Saya minum lebih dari 3 liter air kosong sehari. Sebermula dari waktu bangun tidur, saya terus minum 600 ml air. Air adalah penyembuh penyakit. Tetapi kenapa ramai orang tidak suka minum air kosong. Kenapa mereka memilih soda seperti coke dll? Masyarakat Malaysia secara puratanya menggunakan 25 sudu gula sehari. Oooh..saya jarang sekali minum teh atau kopi yang ada gula atau susu.
- Kehidupan ini mudah kalau kita mudahi, senang kalau kita senangi dan seronok kalau kita sentiasa bersyukur. Hari Jumaat malam Sabtu lepas, saya berkesempatan menghadiri Malam Puisi Palestin di Laman Santai, Istana Budaya. Melihat dan mendengar bait kata puitis dari segala macam tokoh : Pak Menteri, Sasterawan Negara, Artis Tersohor dan Pemuisi Terbilang. Alangkah besarnya nikmat Tuhan kepada bumi bertuah mutiara zamrud khatulistiwa bernama Melayu ini.
- Sepanjang hidup, saya percaya " There is no limit to what a man can do or where he can go, if he doesn't mind who gets the credit'.. sebab itu saya hidup secara simple, mengikut apa yang saya fikirkan perlu. Oh ya, minggu lepas selesai berjogging, saya masuk ke dalam bank. Seperti biasa bila keluar dari bank ada saja pemungut derma dan 'anak yatim' yang akan datang menghampiri kita. Tapi kali ini tidak ada yang menyerbu menghampiri saya., walaupun ada 3-4 orang pemungut derma disitu.. Saya heran dan lama berfikir..
- Rupanya, kerana saya berseluar sukan sedikit melepasi paras lutut dan memakai round collar tshirt... Minda saya tajam menganalisa. oh inilah kehidupan, manusia menilai seseorang berdasarkan pakaian. 2 hari lepas Dato Nik Aziz Nik Mat berkata dalam surat khabar, pakaian tidak mencerminkan keimanan (yang penting menutup aurat).. Kopiah dan serban bukan jaminan haji dan lebai. Kalau di KL, mereka yang memakai tali leher dan kot akan diserbu. Mungkin itu lambang orang kaya... Oh anakku 'anak yatim' , tshirt yang uncle pakai pada petang itu Emporio Armani.. (masyaAllah, lintasan ego uncle menerpa sebentar).
- Sedar atau tidak 25 hari dalam bulan Januari telah berakhir. Tinggal 340 hari aje lagi tahun 2009. Buku terkini John P. Kotter, terbitan Harvard Business Press bertajuk "A Sense of Urgency".. kesegeraan bertindak amat perlu dalam hidup. Saya selalu beritahu diri sendiri untuk selalu berusaha memasuki kelompok Top 1% dalam komuniti. Pada saya, matlamat diri adalah setiap hari menjadi lebih baik 0.1% lebih baik dari semalam. 1% lebih baik tiap 10 hari. 10% lebih baik setiap 100 hari dan 100% lebih baik setiap 3 tahun..bermakna setiap 3 tahun menjadi sekali ganda lebih baik dari diri kita hari ini.
- Semasa keluar dari dewan selepas melancarkan MRSM Kuala Krai Nombor Satu pada hari khamis 22 Januari, sekumpulan pelajar bertanya apa strategi untuk jadi no satu.. Saya jawab dalam sukan Sumo ada satu perkataan, NOKOTTA.. Menang atau kalah masih belum tentu. Sekiranya pejuang berputus asa, maka dia pasti kalah. Tetapi kalau pejuang terus berusaha dia akan menang. Kemenangan sentiasa ditentukan dengan keupayaan kita membuat keputusan yang betul dalam hidup.
Wednesday, January 14, 2009
60,000 PEMIKIRAN SEHARI
- Setiap hari ada 60,000 bentuk pemikiran kita fikirkan. Lebih malang dari 60,000 itu, sebilangan besarnya adalah pemikiran negatif terutama mengambil peduli tentang apa yang orang kata terhadap kita.
- Kita lebih senang membiarkan orang lain meletakkan standard dan acuan mereka kepada kita. "Mereka" yang berkata mengikut persepsi mereka. Siapa "mereka"? Seumpama cerita bapa dan anak dan seekor keldai tunggangan. Tiada apapun yang kita buat betul mengikut acuan mereka, terutama mereka yang sibuk menjaga dan meneropong orang lain. Perhatikan untung nasib mereka.. HAH
- Saya selalu berkata kehidupan ini seumpama bermain catur. Seorang pemain catur perlu merancang sekurang kurangnya 3 gerakan langkah kehadapan. Kalau kita beroperasi dalam kehidupan harian dengan mind set pemain catur, kita akan menemukan banyak siri kejayaan dalam kehidupan.
- Dulu masa saya kecil saya membaca cerita "The ant and the grasshopper". Sementara belalang menghabiskan bulan bulan musim panas dengan bersuka ria, semut bekerja keras mengumpul makanan untuk menghadapi musim sejuk. Semut berfikir 3 bulan ke hadapan. Bila tiba musim sejuk, belalang kesejukan dan kelaparan, datang merayu meminta pertolongan dari sang semut. Berfikir masa depan dan merancang sekarang adalah kebijaksanaan.
- Inilah yang saya panggil CORE SUCCESS INTELLIGENCE. Wang tidak seharusnya mengubah who we are at the core. Kejayaan dalam kehidupan adalah bergantung kepada pilihan yang kita buat setiap hari agar kesemua 60,000 pemikiran itu terfokus kepada perkara yang positif dan produktif yang menjadikan kita optimis sepanjang masa.
PESONA ILUSI IMIGINASI DIRI
- Reality Check : Kaya sebenar adalah kita gembira dengan hidup semasa, walau apa pun suasana kita sentiasa merasa berada di puncak dunia. Sentiasa bersedia untuk menang dan sedia juga sekiranya kalah. Apapun keputusan kita terima dengan redha. Kaya sebenar adalah yakin dengan keindahan mimpi hari esok dan menikmati sepenuhnya sampai ke pagi keseronokan mimpi malam tadi. Hidup di alam semesta, berjejak di bumi nyata.
- KEJAYAAN bermula dengan dengan keyakinan bahawa kita boleh melakukanya. Untuk membina keyakinan seumpama itu, Pertama, kita mesti mencari seorang MENTOR. Mentor yang membimbing, menunjuk arah, memberi garis panduan, membetulkan, memarahi dan mendorong kita ke arah kejayaan. Mentor yang mengajar kita agar berfikir mencari penyelesaian bukan sekadar nampak masalah tetapi merebut peluang dengan menyelesaikan masalah itu. Mentor yang menjelaskan cara terbaik memanfaatkan ruang dalam mencipta kejayaan.
- Kedua, menggunakan secara optima kurniaan Allah kepada kita.. MINDA. Manusia biasa hanya mengguna tidak sampai pun 5 % dari keupayaan minda mereka. Manusia yang berjaya adalah mereka yang bangun pada setiap pagi dan bertanya, kenapa tidak saya? Bangun setiap pagi dan bertanya, kalau ada 100 orang yang berjaya, aku satu dari 100. Kalau ada 10 orang berjaya, aku satu dari 10 dan kalau ada seorang yang berjaya, kenapa tidak aku? (why not me?).
- Jalan sebenar kejayaan adalah dengan meningkatkan rasa hormat diri (self esteem) setiap hari. Mulakan dengan perkara mudah dan kecil dulu. Nikmati kepuasan mencari jalan penyelesaian. Bila sudah ada peningkatan keyakinan diri, tingkatkan keupayaan dengan menyelesaikan cabaran berikutnya.
- Dua cara tercepat meningkatkan rasa hormat diri adalah dengan pertama, melihat cermin. Pandang tepat kepada orang di dalam cermin itu. Rasakan getar tarikan nafasnya, berkata jujur kepada diri sendiri, apakah kita sudah mencuba yang terbaik dalam setiap perkara yang kita ceburi ( bercermin muka dulu sebelum berkaca mata). Seterusnya perhatikan kerapian, kekemasan, kesegakan dan kebersihan diri. Dalam kata lain sentiasa menjaga penampilan diri. Kedua, dengan menyimpan jurnal. Tuliskan nama pada jurnal itu. Jurnal diri adalah tempat terbaik untuk kita bercakap kepada diri sendiri. Menulis idea akan memberikan kejelasan berfikir yang luar biasa kepada kita dan akan memberi keyakinan berganda kepada kita untuk menterjemahkan idea itu kepada realiti.
- Rasa hormat diri sebenar tidak mungkin terbina dengan adanya ego dan sombong diri. Mereka yang berjaya akan tunduk tanda hormat kepada setiap manusia lain, menghargai perbezaan pandangan dan menyumbang semula setiap kali berpeluang.
- Wang amat penting dalam kehidupan. Wang adalah alat. Tapi, jangan biarkan wang memusnahkan kita. Jangan sama sekali. Saya mengaku, saya memakai baju berjenama Armani, Zegna, Paul Smith, Prada, Thomas Pink. Saya memiliki 8 buah kereta, memakai kasut dan beg Prada, Louis Vuitton, Zegna, Paul Smith dan sebagainya. Saya memiliki jam Patek Phillipe dan Rolex. Saya menulis menggunakan koleksi pen Mont Blanc.
- Begitupun, itu semua bukan lambang kejayaan. Sedikit pun saya tidak terusik dengan semua itu. Saya masih seorang budak kampong yang tidak takut pada pacat dan lintah, selesa sesekali kalau masih ada mandi air perigi dan boleh duduk di kedai kopi mendengar pak mat dan pak leh bersembang tentang kekejaman tentera yahudi di Gaza. Cuma bila saya memesan teh tanpa gula dan susu (orang kampong saya hairan bagaimana boleh hidup tanpa gula dalam minuman), juga bila saya berbeza pendapat dengan mereka yang cuba menyamakan kerajaan Malaysia dengan yahudi, maka mereka pun berkata, saya sudah berubah.
- Saya tidak peduli apa yang mereka kata, kerana ummi saya selalu berpesan sepanjang hayatnya, kekayaan sebenar adalah dengan mempunyai solid foudation. Mengetahui siapa kita (who we are), apakah matlamat sebenar di dunia yang sementara ini dan membina kekayaan jiwa dalaman yang akan menyerlahkan potensi insan sebagai hamba Allah di muka bumi ini. JANGAN SEKALI PUN DALAM HIDUP TERPESONA DENGAN ILUSI IMIGINASI DIRI.
Tuesday, January 13, 2009
GET REAL, GET RICH
- Saya seorang yang realistik. Get Real Get Rich. Sebab itu sebuah syarikat saya namanya RichGroup. Saya percaya kita mesti mengikut kata hati dan intuisi diri bagi mencapai apa yang kita mahukan dalam hidup.
- Saya percaya setiap insan ada kebolehupayaan untuk melakukan sesuatu yang bermakna, merealisasikan impian dan mencipta kejayaan. Keep Going..sentiasa berjalan walau apa pun rintangan dan halangan. Semasa kecil, saya membaca perlumbaan arnab dan kura kura. Yang memecut pantas ke depan tak semestinya akan cepat sampai ke garisan penamat.
- Operasi pengembaraan ke masa depan bagi saya berdasarkan Rancangan 5 Tahun. Saya tidak membuat azam setiap awal tahun. Saya sekadar ada senarai semakan apa yang akan saya capai untuk tahun itu bagi mempercepatkan R5T saya. Untuk tahun 2009 saya ada 38 perkara yang ingin saya buat. Terkini saya sedang menghabiskan R5T (okt 2008 - okt 2013). Justeru itu kalau saya berjaya menghabiskan 38 perkara pada tahun 2009 maka impian R5T 0813 saya akan menemui sasaran. Kalau tak tercapai semua pun takpa, kerana saya masih ada R5T 1318 (okt 2013- okt 2018).
- Ketepatan saya membuat keputusan sekarang adalah kerana disiplin diri yang sangat kuat. Disiplin ini barangkali terbina kerana pengalaman masa lalu yang payah dan berliku. Saya fikir perjalanan hidup saya tidak banyak kaitan dengan kekayaan kewangan tinggalan keluarga, bukan juga kerana sokongan politik atau kerana tuah nasib yang sentiasa memihak.
- Apa yang penting dari semua faktor yang mungkin ditakdirkan membantu, bagi saya adalah sikap yang positif dan optimis, kegigihan membina keupayaan dan komitmen peribadi. Setiap hari saya memulakan pagi dengan ghairah , menemui perkara baru, meneroka peluang yang terpandang,sentiasa meningkatkan keyakinan diri sendiri dan berusaha untuk percaya kepada orang lain. Dalam watu yang sama menikmati keindahan sinar terbit mentari pagi, nyanyian burung dan kokok ayam di waktu pagi, makan makanan tersedap direstoran tersohor, menonton filem, melihat teater,memakai pakaian berjenama, membaca buku dan majalah terbaik,berpeluh dalam gym, menghadiri perbualan agung, melihat anak2 membesar, membuat kebaikan walaupun kecil setiap hari dan pelbagai lagi.
- Pada hemat saya semua yang berlaku adalah peribadi. Detik kebenaran terindah adalah mengikut nyanyian hati. Kegagalan kita mencapai sesuatu bukan masalah. Saya tidak pernah hilang kawalan. Saya tidak pernah putus asa. Masalah bukan pada pencapaian, tapi masalah adalah apa yang kita harapkan.
- Kita mesti ada matlamat. Matlamat diri saya adalah tingkatkan 0.1% setiap hari. Selangkah pada satu masa. 1% dalam 10 hari. 10% dalam 100 hari. 100% dalam masa 3 tahun. Menjadi sekali ganda lebih baik setiap 3 tahun. Lebih baik dalam setiap juzuk kehidupan. Lama kelamaan kita akan tergolong dalam top 1% dalam komuniti.
- Ada kawan2 mengkritik saya bila saya memaparkan cita cita untuk disenaraikan sebagai 40 orang yang terkaya di Malaysia. Jawapan saya mudah. Bercita cita lah untuk memetik bintang di langit, takdirnya tak tercapai, tangan tak akan kotor dek lumpur di bumi.
Friday, January 9, 2009
RAHSIA KEJAYAAN
SECRET OF SUCCESS
PESAN DR MAHATHIR
Wednesday, January 7, 2009
BERPRINSIP
- Baru kejap tadi anak saya yang belajar di MRSM Kuala Krai menelefon minta belikan burger McD. Sebagai pelajar yang tinggal di asrama dia teringin nak makan burger McD.
- Esok saya akan ke MRSM, menghadiri jamuan sempena meraikan kecemerlangan keputusan PMR MRSM Kuala Krai. Seramai 76 orang pelajar mendapat 8A dalam peperiksaan PMR yang lepas.
- Saya memberitahu anak saya tentang serangan Israel terhadap Gaza. Selepas 8 hari melancarkan serangan udara, Israel kemudianya memulakan serangan darat. Tentera Yahudi telah bertekad menjadikan Gaza kubur rakyat Palestin..
- Saya juga menyatakan yang saya menerima sms dari kawan kawan di London yang memberitahu Starbucks dan McD di UK akan memberikan semua keuntungan mereka sehingga 10 Jan. 2009, kepada Israel. Tentu saja duit itu akan digunakan bagi meningkatkan lagi kematian rakyat Palestin.
- Saya berkata kepada anak saya, tanyalah hati sendiri. Paling membanggakan saya bila anak saya menjawab.. Lupakan tentang burger itu.
- Terpenting, kata hati saya, dia sedang belajar menjadi manusia berprinsip.
Friday, January 2, 2009
5 PERKARA
- Sepanjang 2008 saya menemukan 5 perkara yang pada fikiran saya tidak boleh kita ubah. Belajar menerima hakikat yang inti tentang 5 perkara ini memberi banyak ketenteraman jiwa kepada diri:
- Pertama; Semua benda hidup akan berubah dan akan berakhir juga pada satu ketika nanti. Justeru itu, berhenti seketika, nikmati seadanya hidup semasa ini.
- Kedua; Banyak perkara tidak selalunya akan mengikut apa yang telah dirancang. Justeru itu, hidup mesti sentiasa ada Pelan B.
- Ketiga; Kehidupan kalau terlalu dihitung dalam perspektif kita,akan selalu kelihatan tidak adil. Kita selalu melihat pelangi sentiasa berada di atas kepala orang lain. Justeru itu, sentiasa "tambat unta" dan bertawakal pada yang Esa.
- Keempat; Kesakitan dan kepayahan adalah resam hidup. Pada tiap kesukaran itu akan datang kemudahan. Justeru itu, jangan cepat putus asa, sentiasa berusaha.
- Kelima; Manusia tidak selamanya akan mencintai dan setia sepanjang masa. Manusia selalunya akan menginginkan sesuatu yang ada pada tangan orang lain. Justeru itu, belajar berdamai dengan diri...
KEBIJAKSANAAN INSANI
- Terdapat dua tablet kebijaksanaan insani. Pertama ,sesuatu yang diperolehi dengan dicari. Seumpama seorang pelajar menghafal fakta dan konsep dari helaian buku dan kitab serta menekuni setiap patah ucap tutur dari guru bestari. Mengutip maklumat dari segala ilmu tradisi mahupun dari penemuan sains yang terkini.
- Dengan segala kebijaksanaan itu, bersandarkan kebolehupayaan dan daya saing menguasai maklumat, kita menguasai dunia. Kita memecut pantas penuh tenaga, tatkala yang sebanding masih berada di garis mula. Kita meninggalkan jejak bertapak dalam kerjaya, melangkah gagah di persada antarabangsa.
- Begitupun, ketahuilah terdapat tablet kedua yang telah tersimpan sekian lama. Siap tersedia terkandung dalam diri kita. Tumbuh bertunas, semakin di sedari semakin mekar meranum dalam dada. Kebijaksanaan yang kedua ini tidak akan lupus dek hayat masa. Ianya bagaikan air mengalir, beralun teratur mengikut ritma nafas kita.
- Tablet yang kedua dalam diri ini adalah puncak kepada segala kebijaksanaan insani. Bermula dari lubuk hati, mengadun indah bagai pelangi, keluar menyerlah potensi diri. Sesungguhnya siapa yang menemui tablet kedua ini, akan menemui kebijaksanaan hakiki, menjadi insan yang mengenal diri.

