- AN IDEA : Ianya mesti ditulis. Ditulis berulang kali sehingga ianya menjadi dokumen peribadi.
- A BUSINESS PLAN : Saya melihat mentor saya menulis semua Business Plan beliau. Maka saya pun menulis Business Plan dan ternyata ianya mampu menjelaskan wawasan dan rancangan tentang idea perniagaan, secara tak langsung menjelaskan tentang siapa kita.
- BOOKKEEPING AND ACCOUNTING BASICS : Asas matematik mudah tentang finances of our business mesti difahami. Sekurang kurangnya kita tahu tentang P&L, cashflow, breakeven dsbnya.
- ME, MYSELF AND I : Itulah permulaan perniagaan. Seorang dan seorang. Selepas itu barulah saya mengambil kakitangan yang ' highly motivated people who enjoy the dynamics of working for small start up business and who can perform their jobs well '
- TIME MANAGEMENT : Ada ribuan buku tentang aspek ini. Tapi bagi saya 'easier-said-than-done tips' Pertama, saya ada plannning and operations log. Kedua, 'a routine of keeping my to dos in check'. Hati hati, alangkah cepatnya masa berjalan.
- LEGAL MATTERS : Kita seboleh mungkin mesti well versed dengan undang undang dan peraturan menguruskan perniagaan kecil. Semasa dalam dunia korporat ada pelbagai jabatan yang membantu dan menguruskan semuanya ini. Sekarang semuanya perlu buat sendiri.
- CLIENT AND CUSTOMERS : Ini yang penting. Sebuah syarikat tanpa klien dan pelanggan tidak ada nilainya. Pertarungan dalam padang terbuka bagi mendapatkan klien, pelanggan dan projek adalah pengalaman yang amat memeritkan dan membebankan tetapi amat bernilai dan berharga kemudiannya.
- SUPPORT SYSTEM : Inilah teras kepada kejayaan. Keluarga ,rakan rakan dan saudara mara amat membantu membarakan semula semangat yang kadang kadang hampir terpadam di saat sukar. Seringkali pada ketika ini, rakan rakan dan saudara mara "jauh" dari pandangan. Hilang entah ke mana. Mereka akan datang semula kepada kita selepas kejayaan mula kelihatan.
Wednesday, January 28, 2009
GREAT 8 START UP ESSENTIALS
Memulakan perniagaan memang sukar. Saya berhenti kerja untuk berniaga. "kehilangan" pekerjaan adalah sesuatu yang menakutkan. Memulakan perniagaan adalah risiko. Begitupun sehingga sekarang saya merasakan ianya adalah satu permulaan semula yang hebat. Melihat dalam minda "start date", pada hari saya menjadi self employed, mengingatkan saya lapan perkara berikut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment