Friday, January 9, 2009

RAHSIA KEJAYAAN

Seorang anak muda telah bertemu Socrates dan bertanya apakah rahsia kejayaan. Socrates memberitahu anak muda itu supaya menemui beliau di sebatang anak sungai pada keesokan harinya. Lalu mereka bertemu pada waktu yang dijanjikan. Socrates mengajak anak muda itu berjalan mengharung air. Bila sampai betul-betul di tengah sungai itu, ketika air mencapai paras leher, secara tiba-tiba Socrates memegang kepala anak muda itu dan menyelamnya ke dalam air. Anak muda itu bergelut untuk melepaskan diri tetapi Socrates lebih kuat dan terus menekan kepala anak muda itu ke dalam air sehingga muka anak muda itu berubah menjadi biru kerana kekurangan oksigen. Kemudiannya Socrates mengangkat kepala anak muda itu keluar dari air tersebut. Anak muda itu bernafas semahu-mahunya menyedut udara segar. Socrates bertanya, "Apakah yang paling kamu mahukan semasa kepala kamu terbenam di dalam air?", spontan anak muda itu menjawab, "udara". Socrates seterusnya berkata "Itulah rahsia kepada kejayaan. bila kamu mahukan kejayaan sepertimana kamu mahukan udara sewaktu kamu terbenam di dalam air tadi, maka kamu akan memperolehinya. Tidak ada rahsia selain dari itu".

SECRET OF SUCCESS

This secret of success is so simple that it is overlooked by most people. Whatever you want you can have, if you want it badly enough, and if you are willing to persist long enough and hard enough in doing what others have done to accomplish similar things before you.

PESAN DR MAHATHIR

Dalam wawancara dengan Utusan Malaysia pada 14 Jun, 2002 Tun Dr Mahathir menyebut tentang 3 masalah orang Melayu : Pertama ; tidak sanggup bekerja keras, tidak sanggup belajar bersungguh sungguh. Kedua ; mudah lupa dan asyik berkelahi sesama sendiri. Ketiga ; apabila kita dapat sesuatu, kita tidak begitu menghargainya.

Wednesday, January 7, 2009

BERPRINSIP

  1. Baru kejap tadi anak saya yang belajar di MRSM Kuala Krai menelefon minta belikan burger McD. Sebagai pelajar yang tinggal di asrama dia teringin nak makan burger McD.
  2. Esok saya akan ke MRSM, menghadiri jamuan sempena meraikan kecemerlangan keputusan PMR MRSM Kuala Krai. Seramai 76 orang pelajar mendapat 8A dalam peperiksaan PMR yang lepas.
  3. Saya memberitahu anak saya tentang serangan Israel terhadap Gaza. Selepas 8 hari melancarkan serangan udara, Israel kemudianya memulakan serangan darat. Tentera Yahudi telah bertekad menjadikan Gaza kubur rakyat Palestin..
  4. Saya juga menyatakan yang saya menerima sms dari kawan kawan di London yang memberitahu Starbucks dan McD di UK akan memberikan semua keuntungan mereka sehingga 10 Jan. 2009, kepada Israel. Tentu saja duit itu akan digunakan bagi meningkatkan lagi kematian rakyat Palestin.
  5. Saya berkata kepada anak saya, tanyalah hati sendiri. Paling membanggakan saya bila anak saya menjawab.. Lupakan tentang burger itu.
  6. Terpenting, kata hati saya, dia sedang belajar menjadi manusia berprinsip.