Wednesday, January 7, 2009

BERPRINSIP

  1. Baru kejap tadi anak saya yang belajar di MRSM Kuala Krai menelefon minta belikan burger McD. Sebagai pelajar yang tinggal di asrama dia teringin nak makan burger McD.
  2. Esok saya akan ke MRSM, menghadiri jamuan sempena meraikan kecemerlangan keputusan PMR MRSM Kuala Krai. Seramai 76 orang pelajar mendapat 8A dalam peperiksaan PMR yang lepas.
  3. Saya memberitahu anak saya tentang serangan Israel terhadap Gaza. Selepas 8 hari melancarkan serangan udara, Israel kemudianya memulakan serangan darat. Tentera Yahudi telah bertekad menjadikan Gaza kubur rakyat Palestin..
  4. Saya juga menyatakan yang saya menerima sms dari kawan kawan di London yang memberitahu Starbucks dan McD di UK akan memberikan semua keuntungan mereka sehingga 10 Jan. 2009, kepada Israel. Tentu saja duit itu akan digunakan bagi meningkatkan lagi kematian rakyat Palestin.
  5. Saya berkata kepada anak saya, tanyalah hati sendiri. Paling membanggakan saya bila anak saya menjawab.. Lupakan tentang burger itu.
  6. Terpenting, kata hati saya, dia sedang belajar menjadi manusia berprinsip.

No comments:

Post a Comment