Sunday, January 25, 2009

8 LANGKAH PROSES PERUBAHAN BERKESAN

  1. SET THE STAGE : Mula mula wujudkan 'sense of urgency'. Bantu setiap orang memahami keperluan untuk berubah demi sesuatu yang lebih baik dan segera bertindak.
  2. Bentuk segera satu pasukan kerja yang akan memacu perubahan itu. Pasukan mesti membabitkan mereka yang ada kemahiran kepemimpinan, sedia untuk bertindak, terbukti kredibilitinya, kebolehupayaan untuk berkomunikasi, ada kuasa pembuat keputusan dan mempunyai kemahiran analitikal.
  3. DECIDE WHAT TO DO : Sediakan wawasan untuk perubahan itu dalam bentuk bertulis. Rancang segala strategi perlu. Sentiasa ada Pelan B. Jelaskan bagaimana masa depan boleh berbeza dengan masa lalu. Bagaimana kita boleh secara bersama menjadikan rancangan masa depan itu sebagai realiti.
  4. MAKE IT HAPPEN : Sentiasa ada komunikasi berkesan dan berterusan. Perlu ada perbincangan dan mesyuarat. Biar semua anggota pasukan faham dan memerima keputusan. Keluar dari bilik mesyuarat terus bertindak. Kurangkan bercakap, banyakkan buat.
  5. Gerak perkasa mereka yang lain untuk bertindak.Runtuhkan sebanyak mungkin halangan yang ada agar mereka yang komited untuk menjayakan wawasan itu mampu berbuat demikian.
  6. Cipta kejayaan-kejayaan kecil. Ia akan meransang minda untuk terus berorientasikan kejayaan. Raikan kejayaan kecil itu. Budaya meraikan kejayaan ini akan menjadikan mereka yang terlibat dapat merasakan getar ceria kejayaan itu dan mahu meneruskan tradisi pasukan juara.
  7. Jangan berhenti. Beri tekanan positif agar pasukan lebih produktif. Tekanan positif akan menjadikan pasukan lebih kuat dan dapat bergerak lebih pantas. Terus menerus wujudkan gelombang demi gelombang sehingga wawasan itu menjadi kenyataan.
  8. MAKE IT STICK : Budayakan tabiat kerja kejayaan itu sebagai budaya baru. Pastikan ianya melekat likat dan sebati menyatu dan membudaya dalam setiap perlakuan harian dan akhirnya serasi menjadi budaya besar kumpulan.

No comments:

Post a Comment