- Terdapat dua tablet kebijaksanaan insani. Pertama ,sesuatu yang diperolehi dengan dicari. Seumpama seorang pelajar menghafal fakta dan konsep dari helaian buku dan kitab serta menekuni setiap patah ucap tutur dari guru bestari. Mengutip maklumat dari segala ilmu tradisi mahupun dari penemuan sains yang terkini.
- Dengan segala kebijaksanaan itu, bersandarkan kebolehupayaan dan daya saing menguasai maklumat, kita menguasai dunia. Kita memecut pantas penuh tenaga, tatkala yang sebanding masih berada di garis mula. Kita meninggalkan jejak bertapak dalam kerjaya, melangkah gagah di persada antarabangsa.
- Begitupun, ketahuilah terdapat tablet kedua yang telah tersimpan sekian lama. Siap tersedia terkandung dalam diri kita. Tumbuh bertunas, semakin di sedari semakin mekar meranum dalam dada. Kebijaksanaan yang kedua ini tidak akan lupus dek hayat masa. Ianya bagaikan air mengalir, beralun teratur mengikut ritma nafas kita.
- Tablet yang kedua dalam diri ini adalah puncak kepada segala kebijaksanaan insani. Bermula dari lubuk hati, mengadun indah bagai pelangi, keluar menyerlah potensi diri. Sesungguhnya siapa yang menemui tablet kedua ini, akan menemui kebijaksanaan hakiki, menjadi insan yang mengenal diri.
Friday, January 2, 2009
KEBIJAKSANAAN INSANI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment