Sunday, December 14, 2008

PESAN PAPA

Papa sentiasa berpesan dalam 8 perkara pada satu masa. Berikut adalah satu masa pertama dari 8 perkara pesanan papa.....

PERKARA PERTAMA Kejayaan adalah menghidupkan bara semangat sepanjang masa. Tetapi jangan tergesa gesa. Atur tapak selangkah pada satu masa. Terpenting jangan sesekali biarkan bara semangat itu terpadam.

PERKARA KEDUA Sebelum meninggalkan bilik , sentiasa tutup lampu. Habiskan makanan. Berjimat cermat. Berfikir seperti pemilik. Hargai setiap detik dan sayangi setiap perkara yang kita miliki.

PERKARA KETIGA Jangan sesekali terpesona dengan 5Ps...Pay, Perks, Power, Picture in newspaper and Prestige...Utamakan 2Ps...Performance and Profit.

PERKARA KEEMPAT Lebih banyak mendengar dari berkata. Jangan terlalu banyak bercakap, kerana dalam hidup ini kita tidak tahu siapa musuh kita yang sebenarnya.

PERKARA KELIMA Di ketika hampir semua orang menutup pintu kepada kita, tabahkan hati dan berkata kepada diri " Tidak, akan ada nanti pintu yang terbuka"

PERKARA KEENAM Bila kita muda, kecergasan adalah sukan. Bila kita telah meningkat usia, mengekalkan kecergasan adalah keperluan.

PERKARA KETUJUH Kita hanya akan dapat menang dengan membina pasukan. Sentiasa jadi pembina pasukan.

PERKARA KELAPAN Hidup mesti ada jiwa. Jangan kerana mahu menang kita jadi pengelat. Tiada maknanya menang dengan cara mengelat.

No comments:

Post a Comment