- Baru kejap keMPH mid valley. Menekuni dan beli buku. Tanpa di duga terserempak dengan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah. Rupanya TDM ada majlis menandatangani buku che det.com di situ.
- Seperti biasa TDM segak bergaya dengan baju kot ala Nehru. Dan dia dikerumuni oleh setiap lapisan masyarakat, tua - muda - kanak kanak dari pelbagai bangsa.
- Saya terpandang di sudut biasa laporan best seller local author dari 8 -14 dec. .ini urutannya. 1. Mahathir Mohamad an illustrated biography,tulisandan lakaran E Yu 2. March 8 the day malaysian woke up, tulisan Kee Thuan Chye 3. Surat daripada Mahathir, tulisan Zainuddin Maidin. 4. Malay Dilemma, tulisan Mahathir Mohamad. 5. Laughter the best malaysian, tulisan David Thong 6. Peeing the bush, tulisan adelineloh. 7. May 13, tulisan Kua Kia Song. 8. Che Det .com blog merentasi halangan, tulisan dr Mahathir Mohamad...
- Maka jelas lah rakyat Malaysia tidak mungkin akan dapat melupakan Tun, pemimpin terbilang Malaysia. Dari 8 buku best seller, 4 adalah buku tulisan atu pun tentang Tun.
- Pada saya formula TDM adalah P + D + A = RP yang bermaksud passion + discipline + action = remarkble performance.
- Semasa mahu pulang bonda Tun Siti Hasmah sempat menyapa dan bertanya khabar.. dia adalah wanita pertama malaysia yang tidak ada duanya sehingga kini..
Thursday, December 18, 2008
TUN DR M
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment