- Antara perkataan yang amat saya sukai dan kekal terpahat dalam minda adalah PERSISTENCE. Perkataan ini seakan menjelaskan kualiti prima yang diperlukan dalam meningkatkan kebijaksanaan dan menjayakan pencapaian besar dalam hidup.
- Oxford English Dictionary defines 'persistence' as meaning 'to continue firmly in an opinion or course of action in spite of difficulty or oppositions to continue to persist'.
- Persistence datang dari bahasa latin 'per' dan 'sistere' yang bermaksud berdiri teguh dan tidak berganjak.
- Bahasa Melayu mengikut fahaman saya mendefinasikannya sebagai bila mahu kepada sesuatu seseorang yang persistence akan begitu nekad, keras kemahuan, tabah hati, teguh pendirian, tidak berganjak atau dalam bahasa yang selalu saya bisikkan kepada diri sendiri iaitu mempunyai kesungguhan yang menggila....
- Bersungguh serta tahan segala dugaan ( persistence ) dan kita akan dapat mengatasi setiap cabaran yang menghalang..
- BERSUNGGUH SECARA MENGGILA. Tukar segala kesilapan menjadi kejayaan. Bersungguh dengan berani hati, kita akan dapat menguasai apa jua perkara. 5 perkataan sehari dan dalam tempoh 2 tahun kita akan menguasai 3000 perkataan. 5 km sehari , dalam 5 tahun anda akan mampu melepasi cabaran ironman langkawi..
- PERSIST ! PERSIST ! PERSIST !
- Perkataan adalah badan kepada pemikiran.
Wednesday, December 17, 2008
PERSISTENCE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment