- Seorang guru muzik, Suzuki membuat penemuan berikut... seorang bayi yang dilahirkan di Jepun boleh mempelajari bahasa Jepun dalam masa 2 tahun.
- Ahaa.. seperti orang lain, anda akan mengatakan apa peliknya. Memanglah begitu kalau anda fikir begitu, tetapi ..... hakikat yang sebetulnya Suzuki telah membuat penemuan yang besar dalam kebijaksanaan verbal.
- Penemuan Suzuki adalah sesuatu yang 'ketara tetapi tidak dapat dilihat' iaitu setiap bayi yang dilahirkan di mana mana negara, secara automatik akan dapat belajar, dalam tempoh 2 tahun, bahasa kebangsaan yang di guna pakai di negara tersebut.
- Ini bermakna, mana mana bayi yang normal mindanya akan berpotensi untuk belajar apa jua bahasa sekalipun. Suzuki telah menemui brain principle of mimicking
- Apa yang Suzuki temui bahawa sistem suara, telinga dan minda sebenarnya adalah mesin fotokopi yang amat sempurna dan mempunyai keupayaan untuk belajar apa jua ritma dan perkataan dari pelbagai bahasa.
- Apakah rahsia bayi (baby secret) ; PERTAMA : perasaan ghairah yang luar biasa untuk belajar sesuatu yang baru. KEDUA : tidak pernah merasa bersalah untuk buat silap semasa belajar. Bagi bayi melakukan kesilapan dan belajar dari kegagalan adalah cara yang tercepat untuk pandai. KETIGA : Bayi tahu tanpa kesungguhan yang menggila tidak akan ada kemajuan yang akan boleh dicapai.Bayi amat persistence.
- Bayi hanya akan belajar dari yang terbaik. Siapa lagi yang lebih baik dari ufuk horizon pandangan mata seorang bayi selain dari kedua ibu bapanya sendiri.
- Kita boleh mempelajari bahasa seperti seorang bayi.... Hari ini anak saya mendaftar di pra sekolah SRJK cina... dalam 2 tahun dia akan dapat menuturkan bahasa mandarin... Saya juga mendaftar di satu pusat belajar sampai pandai bahasa mandarin.. saya akan kalahkan baby.. hao ma..
Tuesday, December 16, 2008
TOP OF THE POPS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment