skip to main |
skip to sidebar
IDEALIZATION
- Dalam kehidupan duniawi kita dapati kejayaan bermula dengan suatu kemahuan. Ia bermula dalam minda kita. Kecemelangan adalah gambaran yang terukir dalam minda.
- Psikologis Sydney Jourard memberitahu 85 % daripada kejayaan dalam kerja adalah bergantung kepada sikap dan personaliti kita. Kejayaan bukanlah satu kebetulan tetapi ia adalah usaha yang berterusan ke arah suatu matlamat.
- Charles Dickens dalam keindahan bahasanya menulis, "kemahuan laksana sebilah beliung yang tajam, yang dapat membuat jalan menebas hutan." Peribahasa kita menyebut, "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".
- Kajian menunjukkan hanya 2 peratus daripada masyarakat kita mempunyai sense of urgency. Setiap orang yang berjaya akan membina reputation for speed and dependability. Bila sesuatu kerja itu ingin disiapkan dalam waktu yang cepat, merekalah yang di cari.
- Nabi Muhammad s.a.w bersabda, " Suatu perkara yang sangat ku takuti pada umat ku ialah buncit perut, suka tidur dan pemalas "
- Dr Edward Banfield dari Harvard University dalam kajiannya selama 50 tahun merumuskan bahawa semua orang yang berjaya mempunyai long term perspective. Mereka berfikir 10 hingga 20 tahun ke hadapan. Mereka membuat keputusan setiap hari berasas kepada long term horizon.
- Proses ini di panggil IDEALIZATION. Proses yang memerlukan kita melihat diri sekurang kurangnya 5 tahun ke hadapan.
- Anthony Robbins mengingatkan, " Untuk berjaya, kita mesti bersungguh sungguh mempelajari kejayaan ".
No comments:
Post a Comment