Tuesday, December 23, 2008

72 JAM YANG LALU

  1. 3 hari saya tidak mencatatkan apa apa di laman ini. 3 hari bersamaan 72 jam. Pertama, Dalam tempoh ini saya agak aktif meningkatkan Physical Intelligence. 4 kali seminggu berlatih dalam gym minggu ini amat mencabar ketahanan minda. Physical intelligence adalah keupayaan untuk memahami, menyayangi, menyantuni tubuh badan kita bagi mempastikan ianya dapat berfungsi secara berkesan untuk aktiviti harian kita. Sebagai permulaan mengekalkan waistline 32 inchi, tatkala rakan rakan sebaya telah memakai seluar yang saiz 36 -38 inchi... he he he.
  2. Bila kita Physically Intelligent kita akan dapat faham hubungan antara minda dengan tubuh. Dalam kata lain 'mens sana in corpore sano' . Saya juga sedang membaca buku Huge in A Hurry. Get bigger, Stronger and Leaner in Record Time with the New Science of Strength Training. Setiap yang kita lakukan mesti bersandarkan ilmu.
  3. Kedua, saya sedang mengkaji Rahsia Bangsa Berjaya. Bukan untuk tujuan akademik tapi untuk diri sendiri, - Successful Intelligence. Kajian seumpama ini boleh ditemui karya besar dalam ibnu Khaldum, Arnold Toynbee ataupun terdekat dengan kita oleh Pendita Zaaba pada era 1920an lagi dan Prof Diraja Ungku Aziz pada tahun 60an.
  4. Hakikatnya, kejayaan sebagaimana yang tersirat dalam sejarah bukanlah ditentukan oleh faktor keturunan atau alam sekeliling, sebaliknya banyak bergantung kepada keupayaan sesuatu bangsa atau seseorang itu dalam menghadapi pelbagai cabaran dan melakukan sesuatu perkara itu secara bersungguh sungguh sehingga mencapai sesuatu tujuan dan membuahkan hasil yang cemerlang.
  5. Ketiga, saya menghabiskan 2 hari terakhir (21 dan 22 disember) memerhatikan perkara perkara kecil dalam kehidupan dalam latihan Comfort Challenge.(saya akan terangkan kemudian apa maksud latihan ini)
  6. 21 disember (Ahad), ketika keluar dari Giant, Taman Permata, hari hujan. Ketika berdiri di pintu masuk , tatkala menghitung cara terbaik untuk berlari ke ke kereta, seorang lelaki dam usia 40an, pekerja kurang upaya Giant, telah datang menghulurkan payung pelindung dari hujan . Alangkah anehnya kehidupan ini. Saya yang sepatutnya membantu beliau dalam kehidupan ini, sekarang dibantu oleh beliau pula, melindungi saya dari basah kehujanan.
  7. 22 disember (Isnin). Ketika berada di bandar Kota Bharu, Kelantan, terpandang seorang lelaki yang lewat 50an, kudung tangan kanannya, mengayuh beca, mengawal basikal empat roda itu dengan sebelah tangan kirinya. Tetap tekun mencari rezeki, bagi menyara kehidupan....
  8. Malam tadi saya berfikir - Spiritual Intelligence apakah lagi perkara yang perlu saya buat bagi menggandakan usaha meneruskanperjuangan berasaskan pengetahuan dan mempunyai pemikiran yang dinamis sesuai dengan tuntutan zaman disamping tak lupa akan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH SWT di muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment