- Papa berkata, tidak cukup untuk sekadar 'think outside the box'. Berfikir adalah pasif. Belajar untuk 'acting outside the box'. Ianya adalah proaktif.
- Papa berkata, dalam kehidupan sentiasa merancang seperti pemain catur yang sentiasa melihat sekurang kurangnya beberapa tapak ke hadapan, bukan membiarkan dari menjadi bidak bidak catur yang sentiasa membiarkan tapak permainan ditentukan oleh pemain catur.
- Bila ditanya tentang genius, papa akan berkata genius adalah kebolehupayaan luar biasa untuk melihat masa depan dengan meminjam minda minda terbaik yang ada bagi membantu merebut peluang tersebut sekarang juga.
- Papa selalu meminjam pepatah cina : " Jika anda ingin terlibat dalam satu satu perkara, buat keputusan tentang 3 perkara ini sejak dari mula lagi, pertama ; memahami dengan sebaik mungkin peraturan permainan tersebut, kedua ; nilai risiko permainan itu, dan ketiga ; waktu untuk mengundurkan diri.
- Bercakap tentang kegagalan, papa akan meminjam kata kata Ingvar Kamprad, pengasas IKEA, " Only those who are asleep make no mistakes ". Juga kata kata Thomas J Watson, pengasas IBM, " Would you like me to give you a formula for success? It's quite simple, really. Double your rate of failure".
- Papa berkata, syarikat akan kerugian bila mereka yang bertanggungjawab menguruskannya membuat keputusan yang salah dan lebih parah bila mereka cuba membuat pelbagai keputusan yang bercanggah antara satu sama lain. Hakikatnya, ego kecerdikan mereka selalunya akan lebih menyulitkan keadaan.
- Papa berkata salah satu jalan terbaik untuk ketenangan jiwa adalah dengan melupakan perkara yang tidak perlu, juga papa selalu sebut, ILLIGITIMI NON CARBORUNDUM atau dalam bahasa lain, ' jangan biarkan sibengong itu mengganggu emosi anda'.
- Dengan bekerja secara bersungguh sungguh 8 jam sehari, anda mungkin akan menjadi boss (ceo) satu hari nanti yang kemudiannya memaksa anda bekerja 12 jam sehari. Papa berkata, saya mahu jadi pemilik syarikat yang satu hari nanti akan membayar gaji boss .
Wednesday, December 24, 2008
PAPA BERKATA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment